10 Negara Paling Pemurah Di Dunia

Tahniah kepada negara kita Malaysia kerana tersenarai antara 10 Negara Paling Pemurah Di Dunia menerusi kajian yang telah dibuat oleh Charities Aid Foundation (CAF) World Giving Index 2015. Jadi admin kongsikan grafik peta dunia di mana menunjukkan 10 Negara Paling Pemurah Di Dunia termasuk negara kita Malaysia yang berada di tempat yang ke 10.

Menerusi CAF World Giving Index 2015, mereka telah mengukur kadar kemurahan hati dengan 3 ukuran iaitu mendermakan wang, membantu orang yang tidak dinekali dan bersedia untuk menjadi sukarelawan. Kajian ini telah melibatkan 145 buah negara dan mewakili 96% daripada penduduk dunia.

10 Negara Paling Pemurah Di Dunia
10 Negara Paling Pemurah Di Dunia

Kesimpulan yang dibuat oleh CAF adalah walaupun dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu masih terdapat individu yang pemurah untuk menderma. Ketidak tentuan ekonomi tidak menghalang mereka untuk melakukan kebaikan iaitu menderma. Kajian ini juga menunjukkan golongan muda yang boleh dikatakan golongan paling paling pemurah kerana terlibat banyak dalam ketiga-tiga ukuran indeks tadi.

Jadi berbangga lah rakyat Malaysia kerana kita antara 10 Negara Paling Pemurah Di Dunia. Tapi memang benar bukan. Kalau tidak manakan sindiket pengemis sangat berleluasa di Malaysia. Kerana mereka boleh menjana pendapatan lumayan dengan hanya mengemis. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk laporan CAF di SiNi

10 Negara Paling Pemurah Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *