Home » BERITA » 13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti dan menyebabkan UMNO Sabah kini menjadi lumpuh apabila Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bersama sekumpulan wakil rakyat dan ketua bahagian meninggalkan parti itu untuk menjadi ahli politik bebas.

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti
13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

 Hajiji berkata, keputusan meninggalkan Umno itu dibuat secara sebulat suara.“Malangnya, Umno bukan seperti dulu lagi. Kepimpinan sedia ada tidak mempunyai arah politik yang jelas,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

“Kita tidak pasti ke mana arah Umno. Ada kenyataan bercanggah tentang masa depan, bergantung kepada siapa pemimpin di atas yang kita tanya.”

Mereka yang keluar parti itu terdiri daripada 9 Adun, 4 ahli Parlimen, 2 senator dan 21 ketua bahagian Umno Sabah.

Selain Hajiji yang merupakan Adun Sulaman, Adun lain ialah Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akin (Usukan), Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Matbali Musah (Lumadan), Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

Kumpulan bekas pemimpin kanan Umno Sabah ini menyokong kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Empat ahli Parlimen adalah Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran) dan Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran), manakala 2 senator ialah Datuk John Ambrose yang juga Ketua Umno Bahagian Penampang serta Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin yang mengetuai Umno Bahagian Pensiangan.

Kebanyakan pemimpin kanan dan ahli Jawatankuasa Umno Sabah menghadiri sidang media itu, termasuk Ketua Penerangan Umno negeri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Bagaimanapun, bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak kelihatan.

Hajiji berkata, anak Musa yang juga Ahli Parlimen Sipitang, Hafez Yamani Musa yang belum mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, akan bersama kumpulannya meninggalkan Umno.

Katanya, kumpulan pemimpin itu kini menyokong kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Sabah yang diterajui Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

-SUMBER-

Check Also

10 Years Challenge Safiey Illias Kantoi

10 Years Challenge Safiey Illias Kantoi

10 Years Challenge Safiey Illias Kantoi. Media sosial sekarang sedang dilanda demam 10 Years Challenge …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *