Home » BERITA » 19 Nama Mangsa Gempa Bumi Sabah

19 Nama Mangsa Gempa Bumi Sabah

19 Nama Mangsa Gempa Bumi Sabah
19 Nama Mangsa Gempa Bumi Sabah

Gempa bumi telah melanda Sabah pada Jumaat dan diikuti beberapa gempa susulan sehingga ke hari ahad lepas. Seperti mana yang kita ketahui gempa yang melanda Sabah telah menyebabkan beberapa kerosakan dan telah menyebabkan kehilangan beberapa nyawa terutama di kawasan Gunung Kinabalu.Pihak berkuasa melalui laporan Mstar telah mendedahkan senarai 19 Nama Mangsa Gempa Bumi Sabah untuk rujukan anda semua.

Kita ikuti laporan penuh yang admin kongsikan dari laporan Mstar. Jom kita sama-sama baca untuk anda mendapatkan info berkaitan tentang 19 Nama Mangsa Gempa Bumi Sabah.Mari kita doakan semoga negeri Sabah akan kembali seperti biasa setelah apa yang belaku ini.

Senarai nama 19 mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu disiarkan di dalam bilik operasi dan menyelamat.Mangsa dari Singapura, Prajesh Dhiman Patel, 12, dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Dua mayat terawal yang dibawa turun dari kawasan pergunungan itu oleh malim gunung adalah pelatih gunung, Robbie Sapinggil, 30, dan pelajar dari Singapura, Wee Ying Ping Peony.Jumlah pelancong yang ramai adalah dari Singapura dengan satu kumpulan yang terdiri daripada 29 pelajar dan lapan guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong menyertai lawatan sambil belajar ke Gunung Kinabalu.

Berikut adalah senarai penuh 19 mangsa yang terlibat:

MALAYSIA

Lim Choon Seong, 45 (lelaki)

Muhammad Logman bin Abd Karim, 22 (lelaki)

Mohd Khairuladzuan bin Abd, 39 (lelaki)

Valerian Joannes   – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)

Ricky Masarin – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)

Joseph Solugin – malim gunung, (lelaki)

Robbie Sapinggi, 30 (lelaki) – pelatih gunung- (mayat ditemui pada Jumaat)

SINGAPURA

Rachel Ho Yann Shilin, 12, (perempuan)

Sonia Jhala, 12, (perempuan)

Emilie Giovanna Ramu, 12, (perempuan)

Ameer Ryyan bin Mohd Aded, 12, (lelaki)

Navdeep Singh Jayral s/o Raj Kumar, 13 (lelaki)

Mohammad Ghazi b Mohamed, 35 (lelaki)

Loo Jian Liang Terrence, 29 (lelaki)

Muhammad Daanish b Amran, 22 (lelaki)

Wee Ying Ping Peony, 12 (perempuan) – (mayat ditemui pada Jumaat)

FILIPINA

Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12 (perempuan)

JEPUN

Ozaki Masahiro, 29, (lelaki)

CHINA

Lugi, 35 (lelaki)

Check Also

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam. Tun Dr Mahathir Mohamed YAb Perdana Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *