2 Murid Hilang SK Tohoi Ditemui Selamat

Akhirnya terungkai juga misteri kehilangan murid orang asli SK Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lalu apabila laporan akhbar-akhbar tempatan sebentar tadi mengesahkan bahawa 2 Murid Hilang SK Tohoi Ditemui Selamat. Pada 23 Ogos lepas seramai 7 murid sekolah tersebut didapati hilang kerana lari dari sekolah kerana takut atas tindakan disiplin kepada mereka.

Sejak kejadian tersebut usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan bagi mengesan kehilangan mereka. Pihak berkuasa turut menemui tengkorak manusia dipercayai milik antara 7 yang hilang tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan berita 2 Murid Hilang SK Tohoi Ditemui Selamat admin kongsikan kepada anda semua berita dari Metro Online.

2 Murid Hilang SK Tohoi Ditemui Selamat

Dua murid perempuan SK Tohoi, di sini yang hilang 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan lemah di kawasan pencarian di tebing Sungai Mas dekat Pos Tohoi, hari ini.Mereka dipercayai Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10.Turut ditemui kira-kira 11.30 pagi tadi, mayat seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti.

Difahamkan ketika ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kedua-dua mereka hanya terbaring lemah dengan keadaan muka yang cengkung.Mereka dibawa ke pusat kawalan operasi di Pos Tohoi untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) kira-kira 2 petang tadi.Berikutan itu, operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.

Pada 3.50 petang semalam, tengkorak dan beberapa tulang rusuk ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 800 meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *