Home » Uncategorized » 2 Pemain Bola Sepak Pahang Ditangkap Khalwat

2 Pemain Bola Sepak Pahang Ditangkap Khalwat

KUANTAN – Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, semalam.
  
Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi.
  
Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.
  
Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguatkuasa Jaip mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.
  
Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an.
  
Kesemua mereka katanya dibawa ke Pejabat Jaip untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
– Bernama

p/s : sape la nama player bola tu yek?

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

7 comments

  1. adeh…
    mentang2 dapat cuti main bola,
    g main bnda lain pulak,
    wat malu ajer.

  2. la… sapa pulak pemain nih..huhu

  3. hurmmm mcm2 hal lah diorang ni..

  4. ingat org lain x perasan agaknya…

  5. aiyakk.. sib baik sempat.. klu x dh selamat ke lain lak deme ni.. adoii.. sabo jelea.. kan..

  6. boleh pulak ye dorang ni..jadikan sebagai pengajaran.

  7. huk… khalwat ni dah cam jadi trend pulak… apa nak jadi ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *