Home » BERITA » 2.6 Bilion Adalah Derma Kepada Najib Razak

2.6 Bilion Adalah Derma Kepada Najib Razak

2.6 Bilion Adalah Derma Kepada Najib Razak
2.6 Bilion Adalah Derma Kepada Najib Razak

Dunia kita memang penuh dengan dermawan jadi tidak hairan lah bahawa akan ada manusia yang menderma kepada kita. Contoh terbaik adalah disekeliling kita. Diberitakan bahawa seorang pengemis di Kuala Lumpur boleh mencecah kutipan sehingga 500 ringgit sehari. Ini menunjukkan bahawa memang ramai manusia pemurah lebih-lebih lagi di Malaysia. Tetapi hari ini admin ingin berkongsi cerita atau berita berkaitan 2.6 Bilion Adalah Derma Kepada Najib Razak.

2.6 bilion bukan satu amaun yang rendah tidak sama seperti RM2.60 tetapi masih ada manusia yang sanggup menghulurkan derma sebanyak ini. Ini bukan admin cakap tau tetapi 2.6 Bilion Adalah Derma Kepada Najib Razak ini adalah laporan dari Awani sendiri. Untuk berita penuh jom kita baca.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International.Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas wujud pelbagai siasatan yang diadakan secara serentak ke atas beberapa organisasi berkaitan.SPRM sendiri memberi tumpuan siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM)  pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sementara Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

p/s : laporan berita ni macam tergantung je..2.6 bilion tapi macam tu je berita nya..xde info pun??

Check Also

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam. Tun Dr Mahathir Mohamed YAb Perdana Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *