Home » Uncategorized » 5 Doktor Pakar yang akan sertai Misi Perubatan Aman Palestin ke Gaza

5 Doktor Pakar yang akan sertai Misi Perubatan Aman Palestin ke Gaza

5 Doktor Pakar yang akan sertai Misi Perubatan Aman Palestin ke Gaza

Dr Mohamad Nor Sundari, Pakar Perunding Bedah Ortopedik di Pusat Perubatan Kuantan (KMC) yang juga Timbalan Presiden I-Medik yang akan mengetuai Pasukan Misi Perubatan Aman Palestin ke Gaza dalam masa yang terdekat.

Ini adalah misi ke 18 bagi Aman Palestin menghantar sukarelawan ke Gaza dan yang ke-2 untuk misi perubatan.

Menurut Ust Awang Sufian Awang Piut, CEO Aman Palestin bahawa AP telah berjaya mengumpul sejumlah RM 5 juta untuk Tabung Kecemasan Gaza dan sebanyak RM 1.6 juta telah dihantar ke Gaza untuk bantuan permulaan.

Misi ini adalah bertujuan untuk memberikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan ketenteraan penjajah Zionis ke atas Gaza yang dilakukan secara bertubi-tubi sejak 7 hari yang lalu.

Selain daripada melakukan pembedahan dan memberikan rawatan perubatan yang diperlukan, pasukan ini juga akan membawa ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke wilayah yang terkepung ini.

Dr Mohamad Nor akan mengetuai misi yang bakal disertai oleh 5 orang doktor pakar yang terdiri daripada 2 orang pakar bedah ortopedik, 2 orang pakar bius dan seorang pakar bedah trauma.

1- Dr Mohamad Nor Sundari – Pakar Perunding Bedah Ortopedik dari Pusat Perubatan Kuantan (KMC) sebagi Ketua Misi

2- Dr Zairul Nizam Zainol Fitri – Pakar Perunding Bedah Ortopedik dari Hospital Pakar Senawang, Seremban.

3- Dr Mafeitzeral Mamat Bin Mamat – Pakar Perunding Bius (Anaesthesiologist) dari Fakulti Perubatan UiTM

4- Dr Hasbe Zuraina Abu Bakar – Pakar Bedah Bius dari Hospital Columbia, Setapak

5- Dr Kamarul al-Haq B. Abdul Ghani – Pakar Bedah Trauma dari Hospital Serdang.

Mereka dijangka akan bertolak ke Gaza melalui Kaherah pada hari Jumaat ini, 18hb Julai dan akan berada di sana selama 10 hari bersama 4 orang wartawan Malaysia dan seorang pegawai Aman Palestin Bhd.

Aman Palestin merancang untuk menghantar beberapa lagi misi kemanusiaan dan perubatan juga akan dihantar ke Gaza selepas hari Raya kelak.

Sama-sama kita doakan agar mereka selamat pergi dan balik serta kejayaan misi ini.



I-Medik

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *