Home » BERITA » 5000 Penjawat Awam Pemalas

5000 Penjawat Awam Pemalas

Anda penjawat awam? Apakah yang bermain dibenak fikiran anda membaca tajuk 5000 Penjawat Awam Pemalas di dada-dada akhbar tempatan. Ini semua benar apabila menurut laporan Harian Metro, Ketua Setiausaha Negara sendiri yang memberi kenyataan media berhubung dengan perkara ini. Anda sebagai penjawat awam tepuk dada tanya selera. Kerana sebagai seorang penjawat awam anda tahu apa yang anda buat.

Benarkah angka 5000 Penjawat Awam Pemalas ini sememangnya tepat atau lebih lagi dari angka tersebut ataupun kurang. Semua ini hanya mereka yang bernama penjawat awam sahaja yang boleh memberi jawapan. Dalam berjuta penjawat awam pasti ada golongan yang dikatakan pemalas ini.

Untuk berita lanjut admin kongsikan berita penuh dari Harian Metro untuk bacaan anda semua. Kuala Lumpur: Seramai 5000 penjawat awam pemalas dikenal pasti sejak kerajaan menguatkuasakan dasar pemisah berprestasi rendah dikuatkuasakan tahun ini.Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, sejak surat pekeliling dikeluarkan tahun lalu pelbagai kesalahan dilakukan mereka termasuk sengaja tidak hadir bertugas selama 200 hari setahun.

5000 Penjawat Awam Pemalas

“Mereka ini golongan yang sudah hilang fokus kerana dipercayai mempunyai komitmen luar seperti berniaga.

“Mereka yang mempunyai markah prestasi di bawah 60 ini akan diberikan kursus semula selama enam bulan kemudian diberi peluang bertugas enam bulan sebelum dinilai semula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan Hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini, hari ini.

Ali mengulas mengenai dasar berkenaan yang pertama kali diperkenalkan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat kelmarin untuk merasionalisasikan sektor awam dan mewajarkan saiz perkhidmatan.

Langkah itu bertujuan menjadikan perkhidmatan awam berfokuskan rakyat disokong dengan bakat yang lebih berkemahiran, kurang lapisan hirarki dan birokratik, kurang pemusatan kerja serta perkhidmatan lebih mudah dicapai, cekap dan berkesan untuk rakyat.

Dalam pada itu, Ali berkata, secara dasarnya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju dengan pelaksanaan dasar itu.

Katanya, tujuannya adalah untuk meningkatkan prestasi kakitangan awam.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan tidak akan sesuka hati memberhentikan kakitangan awam sebaliknya mempertimbangkan banyak sudut sebelum tindakan dibuat.-Harian Metro-

Kepada semua penjawat awam laksanakanlah tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Bersyukurlah anda semua diberi peluang berkhidmat dalam perkhidmatan awam kerana ramai lagi rakyat Malaysia yang ingin menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

 

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *