Home » BERITA » 6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat inilah berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia hari ini. Faktor hujan lebat menyebabkan arus kuat sekali gus membentuk pusaran air di lokasi kejadian ketika operasi menyelamat dijalankan. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohammad Hamdan Wahid berkata, keenam-enam anggota bomba Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang terkorban bergelut untuk keluar daripada pusaran terbabit namun gagal.

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat
6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

“Terdapat pusaran di kawasan terbabit dan anggota di tebing nampak kesemua mangsa bergelut untuk keluar dari pusaran itu. “Anggota di lokasi cuba mengeluarkan kesemua mangsa dan bantuan kecemasan turut diberikan namun kesemuanya gagal diselamatkan. “Kita dapati terdapat penghadang banjir di lokasi dan hujan yang lebat mengakibatkan aliran air deras dan melimpah ke tebing.

“Bagaimanapun, kita akan lakukan siasatan dalaman supaya dapat elakkan kejadian ini daripada berulang pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Serdang, malam tadi. Empat anggota PPDA Pelabuhan Klang yang lemas adalah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, manakala Adnan Othman,33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari,25 adalah anggota PPDA Shah Alam

Katanya, semua mayat akan dibedah siasat hari ini. “Semua jenazah kemudiannya ke Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk solat jenazah dan akan diberikan penghormatan terakhir. “Pengebumian akan dilaksanakan di lokasi masing-masing dan setiap balai yang terbabit akan bersedia untuk memberikan bantuan yang diperlukan bagi melancarkan urusan.

“Kejadian ini sememangnya amat tidak dijangka dan kami mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi ini. “Pertama kejadian sebegini berlaku selepas kami pernah kehilangan dua penyelam di dasar laut beberapa tahun lalu,” katanya.

Salam Takziah untuk seluruh keluarga mangsa yang terlibat. Mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk wira-wira negara yang telah gugur ketika berkhidmat untuk negara ini.

Check Also

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti dan menyebabkan UMNO Sabah kini menjadi lumpuh apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *