6 Sekeluarga Maut Di LPT 2

Satu kali kemalangan maut dicatatkan di LPT 2. Kali ini melibatkan bukan 1 bukan 2 tetapi 6 nyawa. 6 Sekeluarga Maut Di LPT 2 menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia kerana hampir setiap minggu ada sahaja kemalangan maut yang terjadi di LPT 2. Untuk berita penuh berkenaan kemalangan maut tersebut admin ingin kongsikan kepada anda semua artikel dan laporan dari Awani.

KEMAMAN: Enam sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terperosok ke bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 258.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, di sini tengah hari ini. Mereka yang maut dikenali sebagai pemandu kereta Azaman Ramli, 49, isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, Noor Amira Syahirah Alias, 22, Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12 dan Aqeel Muslim Abdullah, 3 tahun.6 Sekeluarga Maut Di LPT 2

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim hari ini berkata kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan selepas tersepit di dalam kenderaan itu.Katanya kejadian 12.30 tengah hari itu berlaku semasa hujan lebat dan keadaan jalan agak licin.Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan sebelum kenderaan jenis Toyota Camry itu dipercayai hilang kawalan, katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.6 Sekeluarga Maut Di LPT 2.

6 Sekeluarga Maut Di LPT 2

“Keadaan itu menyebabkan kenderaan tersebut berpusing sebelum bahagian belakang kereta itu terperosok di bawah lori treler berkenaan yang berhenti di lorong kecemasan,” katanya.Semasa kejadian, pemandu lori treler yang berusia 35 tahun itu dipercayai sedang tidur di dalam kenderaan itu dan tidak menyedari tentang kemalangan itu sehingga diberitahu oleh pengguna jalan raya yang lain.6 Sekeluarga Maut Di LPT 2

Bagaimanapun, Mohd Said berkata pemandu lori yang berasal dari Kelantan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.Jelasnya kesemua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung nahas itu tampil ke balai polis Kemaman bagi membantu siasatan.6 Sekeluarga Maut Di LPT 2

Sementara itu, Ketua Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Penguasa Kanan Bomba II Azmi Abdul Rahim Ibrahim, berkata anggota bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.
“Ketika tiba di tempat kejadian, didapati hampir keseluruhan bahagian kereta itu terperosok di bawah treler berkenaan,” katanya.Katanya, seramai 25 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh serta Gambang bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan kejadian 12.36 tengah hari.6 Sekeluarga Maut Di LPT 2. Sumber Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *