Home » SUKAN » 8 Pemain Pahang Digugurkan Untuk Musim 2018

8 Pemain Pahang Digugurkan Untuk Musim 2018

8 Pemain Pahang Digugurkan Untuk Musim 2018 itulah yang dilaporkan oleh pihak semuanya bola yang memetik pengumuman dari official Facebook Pahang FA. 8 pemain pasukan Pahang yang bermain untuk pasukan Liga Super Pahang 2017 yang digugurkan ialah pemain paling senior, Saifulnizam Miswan, Jaewon Heo, Nordin Alias, Syamim Yahya, Nurridzuan Abu Hassan, Joseph Kallang Tie, Ashari Samsudin dan penjaga gol, Wan Azraie Wan Teh yang pulang menabur bakti bersama Terengganu.

8 Pemain Pahang Digugurkan Untuk Musim 2018
8 Pemain Pahang Digugurkan Untuk Musim 2018

Dengan pengguguran tersebut, skuad Tok Gajah mengekalkan 19 pemain musim ini, termasuk tiga pemain import iaitu Matheus Alves dari Brazil, Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Yamil Romero (Argentina). Pemain lain yang dikekalkan adalah Helmi Heliza Elias, Matthew Davies, R Dinesh, Christie Jayaseelan, Faisal Halim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Kiko Insa, Mohd Faisal Rosli, Afif Amiruddin, Nor Azam Azih, Zubir Azmi, Saufi Muhammad, Salomon Raj, Muslim Ahmad, R Kogileswaran dan Ashar Al Aafiz.

Dalam pada itu, Pahang FA masih belum menyatakan secara rasmi mengenai perpindahan masuk beberapa pemain bagi menggantikan pemain ini. Namun terdapat desas-desus mengatakan terdapat beberapa pemain muda ketika musim 2016 akan kembali bersama pasukan. Ini juga termasuk beberapa bekas pemain yang pernah bersama Pahang ketika musim 2013-2014 yang berminat menyarung jersi keramat kuning biru bagi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Kita tunggu dan lihat sahaja apabila tiba sesi pengumuman rasmi senarai penuh pemain liga super 2018 untuk pasukan Pahang ini nanti. Pastinya semua penyokong pasukan sudah pasti tidak sabar-sabar untuk mengetahui senarai penuh pasukan Tok Gajah ini. Sama-sama kita nantikan. Seperti yang semua ketahui pasukan Kelantan telah pun membuat pengumuman awal skuad liga super 2018.

Musim ini, Pahang melakukan rombakan besar dengan menyenaraikan barisan pemain berpengalaman untuk mengembalikan status pasukan yang digeruni.Namun, skuad kendalian Dollah Salleh itu gagal untuk mengucup piala berprestij musim ini. Berdasarkan pencapaian musim ini, skuad Tok Gajah sekadar bergelar naib juara Piala FA, tempat kedua Liga Super dan layak ke suku akhir Piala Malaysia. Tetapi, pencapaian itu lebih baik berbanding prestasi skuad itu pada musim 2016 yang hampir tersingkir ke Liga Perdana.

 

Check Also

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia. Nampak gayanya jodoh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *