Home » BERITA » Aceh Dilanda Gempa Bumi 6.4 Magnitud

Aceh Dilanda Gempa Bumi 6.4 Magnitud

Masihkah anda ingat tentang tragedi tsunami Aceh dulu. Berlaku pada bulan Disember 2004 bukan. Pagi tadi Aceh Dilanda Gempa Bumi 6.4 Magnitud tetapi tiada amaran tsunami. Admin kongsikan laporan berita Astro Awani untuk maklumat lanjut. Mari sama-sama kita doakan semoga saudara-saudara kita di Aceh sentiasa dilindungi.

ACEH: Lebih 20 dilaporkan maut dan ramai lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di Pidie Jaya, Aceh awal pagi ini, menurut laporan media di Indonesia. Gempa yang berpusat di 10 kilometer utara Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Data ukuran gegaran itu turut dikeluarkan Data Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.

Aceh Dilanda Gempa Bumi 6.4 Magnitud
Aceh Dilanda Gempa Bumi 6.4 Magnitud

Portal Tribun Medan melaporkan, puluhan warga Kabupaten Pidie Jaya mengalami kecederaan akibat terkena runtuhan bangunan, dan kesemua mangsa kini menerima rawatan di hospital Sigli. Pengarah hospital berkenaan, Mohd Ridha Faisal, dipetik sebagai berkata, pihak hospital bagaimanapun belum mendapatkan rekod penuh mangsa gempa yang cedera.

Portal berkenaan juga antara lain melaporkan tiga unit rumah kedai empat tingkat yang terletak di Gampong Sukon Teupinraya, Kecamatan Glumpang Tiga, runtuh sewaktu gegaran kuat itu terjadi. Runtuhan itu menyebabkan pemilik rumah kedai berkenaan yang bernama Jailani bersama isterinya, Faridah ditimpa runtuhan konkrit rumah kedai tersebut. Difahamkan, saat berlaku runtuhan itu, Jailani belum sempat keluar untuk menunaikan solat Subuh.

Gegaran kuat selama 2 hingga 3 minit yang terjadi waktu Subuh itu membuatkan warga tempatan panik dan mula berlari keluar dari kediaman mahupun bangunan seperti hotel. Portal berita Kompas melaporkan, tetamu yang menginap di Hotel Oasis di Leung Bata, Banda Aceh juga bertempiaran keluar dalam ketakutan.

Ramai antara mereka termasuk pelancong asing sedang lena tidur sewaktu gegaran pertama berlaku. Mereka lantas terjaga dan terus melarikan diri sehelai sepinggang mengikut laluan kecemasan. Lebih menambahkan debar, lampu di laluan berkenaan juga terpadam. Sebelum ini, Aceh mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunai Lautan Hindi pada tahun 2004.

Pada Jun lalu, gempa berukuramn 6.5 magnitud berlaku di barat Sumatera sekali gus menyebabkan kerosakan bangunan dan mencederakan lapan orang. Indonesia mengalami aktiviti seismik dan volkanik yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu tempat pertembungan plat tektonik.

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *