Home » HIBURAN » Apa kes Shahir AF Megastar dan Mona Syamimi

Apa kes Shahir AF Megastar dan Mona Syamimi

Apa kes Shahir AF Megastar dan Mona Syamimi? Inilah yang bermain di minda peminat-peminat Shahir AF. Adakah betul semua dakwaan yang dibuat oleh wanita yang bernama Mona Syamimi tersebut. Perkara ini hanya Shahir AF dan Mona Syamimi sahaja yang ada jawapannya. Tetapi ada pula laporan yang menyebut bahawa Ewal AF juga hampir pernah menjadi mangsa Mona Syamimi ini. Jom ikuti laporan dari Utusan Online untuk kefahaman anda tentang kes Shahir AF dan Mona Syamimi ini.

Apa kes Shahir AF Megastar dan Mona Syamimi
Apa kes Shahir AF Megastar dan Mona Syamimi

 

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Peserta AF Megastar, Ewal, 25, mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa perangkap Mona, seorang pramugari yang dipercayai cuba mensabotaj karier seni finalis program realiti tersebut, Shahir Zawawi. Menyifatkan wanita itu seorang yang gemar mencari perhatian, kata Ewal, dia bagaimanapun berjaya mengelak daripada terus diperdayakan dan dipergunakan.

“Malahan, bukan saya dan Shahir sahaja, terdapat beberapa bintang program realiti lain yang cuba dihampiri oleh Mona. Modus operandinya boleh dikatakan sama iaitu dengan mengakui dirinya sebagai peminat tegar. “Dia memulakan langkah dengan meninggalkan komen di laman sosial sebelum berani menghantar ‘direct message’ (DM) untuk menghampiri mangsanya,” katanya.

Terdahulu, Shahir dihimpit kontroversi apabila Mona membuat pendedahan di laman sosial bahawa hubungannya dengan penyanyi itu lebih daripada sekadar peminat dan seorang artis. Menurut Ewal, wanita itu juga akan bermain dengan kata-kata manis bagi memerangkap artis realiti kegemarannya.

“Mula-mula dulu ingat hanya saya seorang, rupa-rupanya ada beberapa rakan artis daripada program AF yang turut melalui pengalaman serupa,” tambahnya tanpa mahu mendedahkan nama sesiapa. Ewal berharap agar Shahir diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangannya di pentas akhir AF Megastar yang akan berlangsung hujung minggu ini dan menganggap isu tersebut sebagai satu dugaan. – UTUSAN ONLINE

Itu laporan terbaru dari Utusan berkaitan kes ini. Tetapi sebelum itu kita baca pula laporan ini dari MSTAR pula.

KETIKA Juara Akademi Fantasia musim ke 8 (AF8) iaitu Shahir Zawawi berkeras menafikan hubungannya dengan Mona Syamimi, wanita itu mendedahkan penyanyi tersebut ada menghantar mesej romantik dan seakan-akan memberi harapan kepadanya. Mona atau nama sebenarnya Mona Syamimi Mohd Samsudin, 27, berkata dia dan Shahir kerap menghabiskan masa bersama.

“Kami kerap keluar berdua dan dia yang akan datang ambil saya di rumah. Kami keluar makan malam, menonton wayang berdua dan pernah keluar dari malam sampai pagi. “Selama ini dia mesej rindu tu… kawan ke peminat? Daripada pandangan saya, tak rasa itu peminat kot. Dari mesej ini anda semua boleh nilai sendiri.

“Mungkin dia bercerita pasal dia seakan memberi harapan pada saya. Selama saya dengan dia, saya keluar dengan dia dan fokus padanya saja,” katanya. “Jangan Sampai Bukti Lain Keluar” – Pesan Mona Pendedahan tersebut dilakukan secara langsung menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan di laman Facebook pada Selasa. Mona Syamimi kepada mStar Online Rabu lalu meminta penyanyi itu membuka mulut untuk menjelaskan mengenai hubungan mereka.

Namun Shahir dalam sebuah portal berita menepis hubungannya dengan pramugari itu sebaliknya mendedahkan dia akan meminang Erra Fazira selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Dalam pada itu menurut Mona Syamimi, dia merasakan seperti dipermainkan dan dimalukan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shahir kepada media. Malah, Mona juga berulang kali menegaskan dia bukan peminat seperti yang dikatakan peserta Akademi Fantasia Megastar itu.

“Saya memang terasa hati seperti dipermainkan dan dimalukan apabila dia keluarkan kenyataan saya ini peminat dan penyokong dia. “Tiap-tiap hari keluar, habiskan masa, kata saya ini peminat dia. Macam tak logik. Kadang-kadang dia pun ada luah perasaan dia. “Saya hanya dengar saja. Mungkin dari kawan, kita perlahan-lahan kenal satu sama lain. Tak kan dia buat macam itu pada peminat dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia memberi nasihat pada Shahir supaya tidak berpura-pura dan memberitahu perkara yang sebenar. Malah, perkara yang terjadi ini telah menjejaskan kehidupan dan kerjayanya sebagai pramugari. “Jangan jadi fake la Shahir. Beritahu benda betul. Benda ini okey tak ada besar pun. Jangan tipu, jangan dedahkan media sana media sini, cerita lain. “Saya tak nak malukan diri sendiri. Saya tak nak dedahkan untuk memalukan sesiapa. Kenyataan dia tak betul. “Dia harus betulkan semula, jangan malukan saya dan syarikat saya kerana ia juga menjejaskan kerja saya,” katanya. Terdahulu, gosip mengenai Mona dan Shahir mula diperkatakan apabila foto mesra mereka tersebar di Internet pada Isnin.

 

 

Check Also

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle? Inilah yang tular di media sosial sejak semalam terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *