Home » SUKAN » Adam Nor Azlin Syamer Kutty Sertai JDT

Adam Nor Azlin Syamer Kutty Sertai JDT

Adam Nor Azlin Syamer Kutty Sertai JDT itulah antara berita perpindahan terbaru untuk skuad Liga Super Johor Darul Takzim bagi musim 2018.  Adam Nor Azlin dari Selangor dan Mohamed Syamer Kutty Abba dari Pulau Pinang menjadi pemain terbaru skuad juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Pengarah sukan JDT, Martin Prest, berkata pasukan itu bangga mendapatkan khidmat kedua-dua pemain berkenaan yang beraksi dengan skuad bawah 22 tahun negara.

Adam Nor Azlin Syamer Kutty Sertai JDT
Adam Nor Azlin Syamer Kutty Sertai JDT

Berita perpindahan ini membolehkan semua teka-teki dan rumours perpindahan liga super 2018 terjawab satu persatu. Berita viral terkini sebelum ini ada berkongsi tentang rumours perpindahan pemain liga super untuk musim 2018. Ada yang sudah menandatangani kontrak secara rasmi dan ada juga yang masih lagi dalam sasaran pasukan yang bertanding.

Perpindahan masuk Adam Nor Azlin dari Selangor dan Mohamed Syamer Kutty Abba dari Pulau Pinang ini akan menambahkan lagi pemain muda untuk skuad JDT. Adam Nor Azlin dan Mohamed Syamer Kutty Abba nampak gayanya mengikut jejak langkah rakan sepasukan dalam skuad bawah 22 tahun kebangsaan iaitu Safawi Rashid yang sudah bersama JDT musim lepas.

Selain dua pemain muda ini JDT turut mengumumkan bahawa pemain import yang telah kembali semula bersama JDT adalah Harris Harun, Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz bagi memperkuatkan pasukan bagi musim 2018.

SELAMAT DATANG KE KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

Saya ingin mengalu-alukan kedatangan Mohamed Syamer Kutty Abba ke Johor Darul Ta’zim. Kami teruja dan gembira beliau bermain bersama kelab kami. Beliau adalah seorang pemain muda yang mempunyai potensi yang baik dan masa hadapan yang cerah. Beliau merupakan pemain yang boleh bermain 2 atau 3 posisi yang sesuai dengan gaya permainan kami. Beliau adalah sebahagian daripada projek jangka panjang kami dan kami gembira beliau bermain untuk kelab kami.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan rasa bangga mengumumkan kehadiran pemain muda baharu, Adam Nor Azlin. Kami amat teruja beliau bermain bersama pasukan kami. Beliau merupakan sebahagian pelan jangka panjang kami. Beliau memahami projek bola sepak kami. Seseorang yang memiliki karakter untuk melakukan yang terbaik, berkembang sebagai pemain dan mempunyai keinginan untuk memenangi kejuaraan. Kami gembira Adam menjadi sebahagian daripada projek besar kami.

Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

 

Check Also

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia. Nampak gayanya jodoh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *