Adenan Satem Meninggal Dunia

Berita sedih dari bumi kenyalang. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem Meninggal Dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi di Samarahan. Tiada pengesahan rasmi mengenai kematiannya dikeluarkan oleh wakil dari Pejabat Ketua Menteri setakat ini.

Adenan Satem Meninggal
Adenan Satem Meninggal Dunia

Namun, seorang pegawai dari Unit Protokol di pejabat berkenaan mengesahkan berita kehilangan pemimpin berusia 72 tahun tersebut dan kenyataan rasmi mengenainya akan dimaklumkan nanti.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Ambrose Cheng memberitahu, pengumuman tentang pemergian Adenan akan dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dalam sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada pukul 3.30 petang ini.

Adenan yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 pada 27 Januari ini meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anak memetik laporan daripada Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *