Home » BERITA » Adik Arif Penghidap Kanser Tisu Meninggal Dunia

Adik Arif Penghidap Kanser Tisu Meninggal Dunia

Adik Arif Penghidap Kanser Tisu Meninggal Dunia. Kisah adik Arif mendapat perhatian netizen di media sosial. Ramai yang membantu mengongsikan status supaya perkara tersebut diketahui oleh oleh netizen untuk memberikan sumbangan wang ringgit  ataupun keperluan harian adik Arif. Admin kongsikan sedikit kisah adik Arif untuk pengetahuan semua yang masih tidak tahu.

Adik Arif Penghidap Kanser Tisu Meninggal Dunia
Adik Arif Penghidap Kanser Tisu Meninggal Dunia

Adik Arif baru berumur 9 tahun, tinggal di sebuah flat di Klang dan seorang yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain drum. Beratnya 45kg. Namun semuanya bertukar pada awal tahun 2017 apabila Adik Arif mula pening-pening dan kabur penglihatan. Beliau kemudiannya dimaklumkan oleh doktor mempunyai ketumbuhan di sebelah kiri kepalanya dan telah disahkan sebagai kanser tisu. Ketumbuhan di kepalanya juga telah menolak bebola mata kiri Adik Arif ke luar.

Namun malam tadi berita sedih menyelubungi seluruh negara setelah mendapat berita bahawa Adik Arif Penghidap Kanser Tisu Meninggal Dunia.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Adik Mohamad Arifuddin bin Mohd Nor Hafis telah menemui Penciptanya pada malam yang penuh barakah; Saiyidul Ayyam bertarikh 28 Disember 2017 jam 11.40 malam. Baru kelmarin kami menatap wajah bersih ini dan menangisi keperitan yang ditanggungnya. Hari ini Adik Arif telah meninggalkan kita buat selama-lamanya dan sedang berlari menuju syurga Allah.

Moga Adik Arif damai di sana dan kembali gembira bermain di taman-taman syurga.

Al-Fatihah. ( Perkongsian dari seorang sahabat FB )

Check Also

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat inilah berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia hari ini. Faktor …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *