Home » BERITA » Adik Firdaus Meninggal Dunia

Adik Firdaus Meninggal Dunia

Masihkah anda ingat dengan seorang remaja OKU iaitu adik Firdaus? Berita yang sangat menggemparkan apabila adik Firdaus ini ditemui kurus kering dan tidak terurus tahun lalu. Dari bentuk fizikal semasa beliau ditemui adalah sungguh menyanyat hati. Ditambah pula dengan keadaan bilik di mana beliau ditemui sungguh kotor. Negara menerima satu lagi berita sedih apabila semua mendapat tahu yang Adik Firdaus Meninggal Dunia.

Memetik laporan Berita Harian, Firdaus meninggal dunia selepas diserang sawan tengah hari tadi.Firdaus dilaporkan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Penemuan Firdaus pada Jun tahun lalu menggemparkan negara kerana ditemui dalam keadaan menyayat hati di kediaman keluarganya di Taman Semarak, Nilai. Dia ditemui oleh pasukan Imigresen yang menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan tersebut.Adik Firdaus Meninggal Dunia.

Adik Firdaus Meninggal Dunia

Firdaus kemudiannya ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban, manakala ibunya, Lolanopita Sadi, 41, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 kerana kesalahan mengabaikan anaknya.Adik Firdaus Meninggal Dunia.

Mari sama-sama mendoakan kesejahteraan arwah dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga kisah adik Firdaus sebelum ini menjadi teladan kepada semua tidak kira sesiapa pun.( Gambar dari Awani )

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *