Home » HIBURAN » Afiq Muiz Rela Mati Dari Di Sumpah Ibu Kandung

Afiq Muiz Rela Mati Dari Di Sumpah Ibu Kandung

Afiq Muiz Rela Mati Dari Di Sumpah Ibu Kandung
Afiq Muiz Rela Mati Dari Di Sumpah Ibu Kandung

Afiq Muiz Rela Mati Dari Di Sumpah Ibu Kandung. Korang tengok tak tajuk tu gempak bukan?? Aku sebenarnya malas nak amik port pun bab bab Afiq Muiz ni tapi terpaksa jugak lah untuk suarakan pendapat aku.Kalau korang nak tau ayat yang sama dengan tajuk itu diluahkan oleh Afiq dalam twitter nya dan sah-sah ditujukan kepada ibu beliau.

Kes ini dari minggu lepas lagi.Ye la kan artis sah-sah nak buat kenyataan media lepas tu ibu nya pun balas balik kat media.Aku rasa benda macam ni tak perlu la kot gunakan media.Kenapa tak duduk mata bertentang mata dan berbincang seterusnya cari jalan penyelesaian.

Masalah timbul bila berita keluar kat media..orang ramai yang tak berapa nak tahu berita sebenar akan membuat sejuta satu andaian.Jadi baik kamu selesaikan anak beranak.Lepas tu muncul plak si awek Afik sapa ntah nama dia.Pelakon jugak. Pergi plak join sekali.Dengar cerita nak saman pulak si ibu Afiq.Macam-mcam hal.

Rasa nya kalau nak selesaikan masalah bersandarkan hukum agama mesti kes ni tak berlaku.Bukan apa fikir logik la ya.Seteruk mana pun perempuan itu adalah ibu anda Afiq jadi tak perlu la nak besarkan masalah ini sepatutnya.Terlebih dahulu muhasabah diri seisi keluarga then cuba selesaikan masalah tersebut. Awek tu belum tentu jadi bini ko lagi Afiq oi sesaat pun boleh berubah.

Jadi saranan aku Afiq dan ibu nya perlu pergi ke JASI ke JAWI ke JAKIM ke jumpa Ustaz kat sana untuk dapatkan khidmat nasihat.Derhaka pada mak ayah azab nya sangat berat.Sama-sama la kita ingat.

p/s : rasa loya plak buka FB asyik cerita pasal dia je x habis-habis

Check Also

Biodata Profil Sarah Suhairi Juara Big Stage

Biodata Profil Sarah Suhairi Juara Big Stage

Pasti ramai yang tidak mengenali siapa Sarah Suhairi jika tiada program realiti Big Stage bukan? …

18 comments

  1. suke bebenor jd publisiti murahan.hal peribadi nk bagitau org.huhu

  2. ntah mana tau yang betul pun tak tau. kesian kat dua2.

  3. tak sanggup mati sebelum dapat keampunan dari ibu.. yelah salah satu syarat nak ke syurga tu. hope mamat ni sedar dengan kadar segera.. baik2 org pun sampai takat mana.. esok terlentang sakit, family makwe dia tu rela ke nak bela?? ingat busuk2 ibu.. dia takkan sanggup buang anak dia. kalau dia nak buang bukan sekarang.. kecik2 dulu pun boleh

  4. hemm.. wlu apa2 pun teman lebih sebelahkan mak dia.. coz kita semua tahu kan.. syurga tu dibawah tapak kaki ibu, sejahat mana pun, dia tetap ibu Afiq.. fikirlea selaam 9 bulan ibunya mengandungkan dia, melahirkan dia.. rasanya x patut dia ckp mcm tu ttg ibu dia.. mcm kawan pulak dibuatnya.. entahlea.. malas nak cakap.. bila org dh angau mcm ni lea..

  5. hmmm..apa2 pun, syurga tu di bawah telapak kaki ibu. ibu yg telah kandungkan dan melahirkan..kelakar tul la artis zaman skang ni

  6. betul Phat,
    masalah keluarga tapi si awek plak yang lebih2..
    Yang si anak pulak, pergi lah minta ampun & berbincang.. tapi dia plak ego lebih..

  7. saya pun muak..mcm nak cari publicity pun ada tapi malas nak komen lebih lah..hehe

  8. Masalah keluarga patutnya x perlu lah nak perbesarkan hingga melibatkan media, jatuh maruah keluarga..

  9. nasihat peminat peminat kat luar sana, bagi ena, hal aib org jangan di hebohkan. artis sekali pun, dia manusia. kalau ada benda yang kita sebarkan tak betul, dah dijatuhkan fitnah dan nak hapuskan dosa fitnah tu kita kena minta maaf face to face dengan pembaca2 yang mmbaca story yg kita sebarkan tu.

    biarlah si afiq ni selesaikan mslh dengan keluarga dia sendiri. kita jgn masuk campur melebih lebih. Free2 dapat dosa

  10. bdk2 akal pendek..hahaha…

  11. betul tu.. buruk2 mana pun mak ayah kita, dorang tetap mak ayah kita yang banyak berkorban membesarkan kita dari kecil sampailah dah berbulu2 sekarang ni

  12. zizie tak tahu sangat punca masalah si afiq ni dengan ibu dia, tapi, tolong la.. mak dengan awek, yg mana satu kandungkan kau, yang mana satu beranakkan kau, besarkan kau.. hishh.. geram la dengan mamat nih! GGRRR!!!

  13. huhuhu lau ibu dah takda nanti nak menyesal pun x berguna huhu

  14. lg utamakan awek dia walhal blom nikah lg. dah la artis. bila2 je bole berpisah. baek settle hal ngan mak dia cara baek. apa pun, dia tetap mak dunia akhirat.

  15. xtau nk komen apa..

    sbb hal famili org kan.. pastu p bawak masuk media lak..huhu

  16. takde kontroversi bukan artis namanya.perkara camni patut dibincnag bersama dan tak perlu nak gunekan media..kann

  17. doakan saja supaya mereka bertemu jalan untuk berdamai…
    oh ibuuuuuuuuuuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *