Home » BERITA » Ahmad Maslan Nafi Dilarang Bercakap Tentang GST

Ahmad Maslan Nafi Dilarang Bercakap Tentang GST

Ahmad Maslan Nafi Dilarang Becakap Tentang GST

Setiap hari ada sahaja “troll” yang membabitkan Timbalan Menteri Kewangan iaitu Ahmad Maslan. Baru-baru ini terdapat berita yang mengatakan bahawa Ahmad Maslan telah dilarang oleh pucuk pimpinan UMNO tidak bercakap tentang GST terutama menjelang dua buah pilihanraya kecil (PRK) Rompin dan juga permatang pauh. Oleh itu telah keluar berita¬†Ahmad Maslan Nafi Dilarang Bercakap Tentang GST di Astro Awani. Jadi mari kita lihat intipati berita penuh tersebut yang di petik dari Awani.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan beliau menerima arahan daripada kepimpinan tertinggi UMNO agar berhenti bercakap mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) sepanjang minggu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Ahmad Maslan berkata tiada sebarang arahan sebegitu diberikan kepadanya oleh mana-mana kepimpinan parti.

“Saya tidak diminta oleh pucuk pimpinan untuk berhenti bercakap mengenai cukai itu. Kalau saya berhenti bercakap mengenai GST, bermakna pembangkang menang,” katanya sewaktu ditemui pemberita di pusat media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Permatang Pauh, pada Rabu.

Sebelum ini Astro AWANI melaporkan Ketua Penerangan UMNO itu telah diberi amaran untuk tidak terlalu menekankan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) sepanjang minggu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh sebelum hari pengundian Mei depan.

Menurut sumber dalaman UMNO itu, Ahmad juga diminta tidak bercakap isu GST terutama di Rompin yang memungkinkan kejatuhan majoriti di kawasan berkenaan.

“Ada kepimpinan tertinggi UMNO warning Ahmad Maslan mengenai kelantangannya dalam isu GST. Ia memungkinkan majoriti undi di Rompin berkurang dan kegagalan menawan Permatang Pauh.

“Usahanya bagus namun kenyataannya sering dimanipulasi pembangkang sehingga menyebabkan banyak isu yang ditimbulkannya kena semula kesannya kepada parti,” katanya.

 

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *