Home » INFORMASI » Air Terjun Di Malaysia

Air Terjun Di Malaysia

Sekarang bulan November 2015. Musim cuti sekolah telah pun bermula jadi seperti biasa jika musim cuti sekolah ibu bapa pasti akan membawa anak-anak mereka bercuti. Bagi anak-anak yang dah bersekolah aktiviti perkelahan di kawasan air terjun pasti amat sesuai sekali. Tetapi perlu lah merancang dengan betul mengikut keadaan cuaca kerana bulan November juga merupakan permulaan musim tengkujuh di negara kita. jadi hari ini kami ingin berkongsi kepada semua tentang senarai Air Terjun Di Malaysia.

Senarai ini adalah umum kerana kami tidak kategorikan air terjun tersebut kepada air terjun tercantik di Malaysia, air terjun paling dilawati di Malaysia atau sebagainya. Kami buatkan Senarai Air Terjun Di Malaysia supaya mudah untuk semua pembaca merujuk kepada perkongsian ini. Jadi mari kita lihat Senarai Air Terjun Di Malaysia tersebut.

Senarai Air Terjun Di Malaysia
Senarai Air Terjun Di Malaysia

Hutan Lipur Chemerong & Air terjun Lata Tembakah – Terengganu
Air terjun Gunung Ledang – Johor
Air terjun Jerangkang & air terjun Berkelah – Pahang
Air terjun Lata Kinjang – Perak
Air terjun Sungai Gabai & Sungai Congkak – Selangor
Air terjun Batu Berangkai – Perak
Air terjun Sungai Chilling – Selangor

Ini antara senarai air terjun yang terdapat di Malaysia. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat perkelahan air terjun yang terdapat di Malaysia tetapi ini antara tempat air terjun yang cantik dan patut anda semua pergi. Puas hati dengan senarai air terjun di Malaysia ini tak. Jika ada kawasan air terjun di tempat anda jangan lupa untuk kongsikan di ruang komen.

Check Also

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia. Di Malaysia sebut sahaja kurma sudah pasti semua umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *