Home » HIBURAN » Aishah Juara Gegar Vaganza 4 2017

Aishah Juara Gegar Vaganza 4 2017

Aishah Juara Gegar Vaganza 4 2017. Peringkat akhir pertandingan realiti tv Gegar Vaganza 4 2017 telah pun secara rasminya tamat malam tadi. Enam peserta telah membuat persembahan solo masing-masing dan juga persembahan battle. Peserta Gegar Vaganza 4 2017 yang layak ke peringkat akhir adalah Liza Hanim, Aishah, Firman, Lan, Hazami dan Tia Jinbara.

Aishah Juara Gegar Vaganza 4 2017
Aishah Juara Gegar Vaganza 4 2017

Peringkat Akhir Gegar Vaganza 4 2017 telah dilangsungkan di Pinewood Studio Johor Bharu. Aishah membawa lagu All By Myself nyanyian asal Celine Dion sebagai lagu tugasan solo dan Supergirls untuk segmen battle berjaya mengetepikan saingan seperti Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Firman dan Lan Solo. Penyanyi Janji Manismu ini turut memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza.

Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala. Naib juara pula disandang oleh Liza Hanim sekali gus melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai RM50,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Turki, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM5,000 serta piala.

Lan Solo berpuas hati menduduki tempat ketiga. Sebagai ganjaran, beliau memenangi hadiah wang tunai RM30,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Boracay di Filipina, barang kemas, baucar beli-belah bernilai RM4,000 dan piala. Nasib nyata tidak menyebelahi Hazami apabila hanya menduduki tempat keempat sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Jogjakarta, barang kemas, baucar beli-belah bernilai RM3,000 serta piala.

Sementara itu Firman dan Tia Jinbara masing-mading diumum pemenang tempat kelima dan keenam dalam pertandingan itu. Kesemua persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor. Hadiah disampaikan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Program akhir GV4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi Ezad Lazim dan Mamat Exist. -BH-

Check Also

Biodata Profil Sarah Suhairi Juara Big Stage

Biodata Profil Sarah Suhairi Juara Big Stage

Pasti ramai yang tidak mengenali siapa Sarah Suhairi jika tiada program realiti Big Stage bukan? …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *