Home » BERITA » Amerika Syarikat Dilanda Kebakaran Besar

Amerika Syarikat Dilanda Kebakaran Besar

Amerika Syarikat Dilanda Kebakaran Besar. Apakah ini petunjuk dan kebesaran daripada Allah SWT. Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trumph yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pengumuman tersebut sememangnya mendapat kecaman dari rakyat muslim dari seluruh dunia. Anda boleh baca berkaitan isu tersebut di SINI.

Amerika Syarikat Dilanda Kebakaran Besar
Amerika Syarikat Dilanda Kebakaran Besar

Berbalik kepada berita Amerika Syarikat Dilanda Kebakaran Besar, sekarang ini kebakaran besar tersebut melibatkan California dan telah merebak ke Santa Barbara. Memetik media antarabangsa, kebakaran yang melanda sekarang adalah kelima terbesar dalam sejarah moden California. Anggota bomba kini sedang bergelut menghalang api daripada terus merebak.

Laporan menyatakan api merebak terlalu pantas sehingga 50,000 ekar tanah semalam, memusnahkan struktur dan hidupan yang berada di laluannya. Keadaan tersebut mencetuskan panik di mana 35,000 penduduk diarah berpindah keluar serta-merta. Kebakaran itu telah memusnahkan 524 struktur dan merosakkan 135 di bandar Ventura. Di kawasan Ventura yang tidak diperbadankan, 266 struktur telah musnah, manakala 56 telah rosak. Angin Santa Ana, dibantu oleh kelembapan yang sangat rendah, mendorong kebakaran Ventura County di atas sempadan Santa Barbara pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, anggota bomba di California Selatan berhadapan tekanan mengawal enam kebakaran hutan, yang sudah memusnahkan ratusan bangunan dan memaksa puluhan ribu penduduk berpindah. Jabatan kaji cuaca meramalkan angin semakin kencang menjelang malam ini sekali gus menjadikannya lebih mencabar kepada 8,700 anggota bomba yang sudah bergelut mengawal kebakaran dari San Diego ke Pantai Pasifik di Santa Barbara, sejak lima hari lalu. Kebakaran meragut sekurang-kurangnya satu nyawa, memusnahkan 500 struktur, mencederakan 10 orang termasuk empat anggota bomba.

SUMBER

Check Also

Parlimen Malaysia Bubar 7 April 2018

Parlimen Malaysia Bubar 7 April 2018

Parlimen Malaysia Bubar 7 April 2018 itulah pengumuman khas yang telah dibuat oleh YAB Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *