Home » Uncategorized » Anak Kena Rotan Tak Siap Kerja Sekolah Bapa Report Polis

Anak Kena Rotan Tak Siap Kerja Sekolah Bapa Report Polis

Sebelum baca pendapat aku ni korang baca dulu berita pasal kes ini

BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Tengok tajuk tu. Bebulu tak baca?? Jika betul la anak kena rotan sebab tak siap kerja sekolah yang diberi kenapa harus bapa nak melenting dan buat report polis.

Tapi terbaca laporan Bernama yang budak sekolah tersebut telah dihalau keluar kelas oleh cikgu tersebut. Ok kita lihat pelbagai sudut. Jika betul la si cikgu halau keluar kelas kenapa budak tu terus keluar dari kawasan sekolah ek?

Lagi satu rumahnya 100 meter sahaja dari sekolah kenapa tak balik terus ke rumah? Usain Bolt 8 saat je dah sampai. Kalau kira budak ni tak sampai 5 minit pun boleh sampai.

Jadi laporan dah pun dibuat. Harap pihak berkenaan dapat lah menyiasat secara terperinci berkaitan hal ini. Bukan apa banyak sangat dah kejadian seperti ini. Kadang-kadang guru ni nak mendidik sahaja tapi anak murid pulak salah tafsir dan lebih-lebih.

Sebab pengalaman aku la kan yang banyak bergaul dengan guru-guru sekarang memang banyak masalah dikalangan pelajar sekolah terutama budak-budak yang memang malas nak belajar. Satu lagi perangai budak-budak ni depan mak ayah diaorang pijak semut pun tak mati tapi bila belakang dia lah orang nya. Kita sebagai ibu bapa perlu siasat terlebih dulu A-Z apa yang berlaku. Jika benar-benar guru tersebut bersalah memang patut laporan dibuat tetapi jika tidak bukan kah ia nya telah membuat kan ramai orang ramai jadi susah.

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

9 comments

  1. mak bapak zaman skang nie terlampau manjakan, percayakan anak²…sbb tu lah jd camni…benda camni pon sampai nak repot polis..cikgu pon satu…kot ye nak mrh budak, xyah la sampai nak kena bg borang tukaq sek…akai letak lutot ke ape…nie laa dikatakan krn nila setitik, rosak susu sebelanga…ibubapa, sila pantau anak msg²…gejala sosial berleluasa skang nie..

  2. dulu masa zaman sy sekolah, lebih teruk daripada tu kena denda dan kena dengan cikgu, tapi takut nak cakap ngn mak ayah. cikgu tu mungkin bersebab, jangan cepat terus menghukum guru.

  3. sikit2 nak report..ape leh buat…susah cikgu sekrang

  4. kesian cikgu sekarang..tak boleh sentuh sikit murid

  5. masalah betul if ada parents jenis manjakan anak macam ni…bila nak blaja susah if salah sikit report polis? sy dulu bukan main kena rotan..kena cubit..parents x kisah pun..siap kena bagi padan muka adalah…huhuhu…if semua parents dah tak percayakan guru,, apa kata korang sendiri je ajar anak korang..rasa sndri suka ke marah if anak tak buat keja yg kita suruh…huhu..

  6. perghh…budak 12 tahun. Dihalau keluar sekolah. Klau kena culik, organ2 dalaman dia mesti baik lagi. Samada organ dalaman @ dihantar jadi budak suruhan di Siam. Yang lebih teruk kalau ade pihak tak bertanggungjawab jumpa budak ni di rogol @ dibunuh dirumah kosong @ didalam semak..

  7. hmm..nasib baik ayah dia jumpa. kalau murid2 lain yg dihalau rumah pulak jauh. Tengah jalan ade pulak org tak bertanggungjawab, kena culik. Masa tu cikgu nak angkat tangan ngaku tak dia halau budak ni..

  8. perghh…budak 12 tahun. Dihalau keluar sekolah. Klau kena culik, organ2 dalaman dia mesti baik lagi. Samada organ dalaman @ dihantar jadi budak suruhan di Siam. Yang lebih teruk kalau ade pihak tak bertanggungjawab jumpa budak ni di rogol @ dibunuh dirumah kosong @ didalam semak..

  9. perghh…budak 12 tahun. Dihalau keluar sekolah. Klau kena culik, organ2 dalaman dia mesti baik lagi. Samada organ dalaman @ dihantar jadi budak suruhan di Siam. Yang lebih teruk kalau ade pihak tak bertanggungjawab jumpa budak ni di rogol @ dibunuh dirumah kosong @ didalam semak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *