Home » Uncategorized » Anak Lihat Ibu Digilis Lori Depan Mata

Anak Lihat Ibu Digilis Lori Depan Mata

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. -Sinar Harian

p/s : Takziah dan Al Fatihah..semoga anak kecik tersebut dan keluarga nya tabah dengan dugaan ini.

Check Also

Live Streaming Vietnam vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2018 Final 2nd Leg

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup 2018. Berikut merupakan keputusan untuk perlawanan akhir pusingan …

9 comments

  1. innalillah.tadi budak opis aku baru citer pasal ibu muda yang digilis kat area opis aku ni..ni baru dapat baca cerita sebenarnya.giler ah pemandu lori tu :'(

  2. alfatihah.. mmg menyedihkan.. lagi2 disaksikan oleh anaknya sendiri yg sebaya umur dengan Khairine.. sedihnyaaaaaa =(

  3. x dapat bayangkan perasaan dia

  4. alfatihah..moga adik tu tabah hadapi hari yang mendatang.

  5. Ya Allah.kesiannya..semoga dicucuri rahmat dan diberi ketabahan kpd kluarga mangsa.

  6. huhu sedihnyaaaa tgk anak sendiri mcm tu..al-fatihah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *