Home » PERNIAGAAN » Apa itu 1MDB

Apa itu 1MDB

Apa itu 1MDB. 1Malaysia Development Berhad (singkatan1MDB) merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia.1MDB telah ditubuhkan sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangka masa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI). Antara projek mega berprofil tinggi 1MDB yang pada masa kini dilaksanakan adalah kawasan pembangunan Tun Razak Exchange, Tun Razak Exchange merupakan projek Bandar Malaysia dan pemilikan terhadap projek Janaan Kuasa Bebas (IPP). Sehingga April 2015, 1MDB telah dipalit dengan pelbagai kontroversi yang memberikan imej negetif kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Perdana Menteri nya, Datuk Seri Najib Razak.

Apa itu 1MDB
Apa itu 1MDB

1MDB bermula sebagai Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA), iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat (sovereign wealth fund) yang bertujuan untuk memberi pembangunan ekonomi kepada negeri Terengganu untuk jangka masa panjang dan melestarikan sosio-ekonomi rakyat Terengganu secara amnya.

TIA telah ditubuhkan pada 2008, dan kemudianya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1Malaysia Development Berhad pada Januari 2009. Dalam pemberitahuannya pada 22 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkata keputusan untuk membesarkan peranan TIA kepada entiti persekutuan dibuat untuk menambah baik nilai keberhasilan jika dibandingkan dengan faedah dalam sesebuah negeri sahaja.

1MDB memberi fokus kepada projek pembangunan strategik khususnya dalam urusan pembangunan sumber daya tenaga, estet, pelancongan dan agro-perniagaan.Pada 30 September 2009, 1MDB dan rakan strategiknya PetroSaudi International Limited mengisytiharkan pemeteraian syarikat usahasama bernilai US$2.5 billion, dengan mengfokuskan sasaran pelaburan langsung asing (FDI) dari Timur Tengah ke Malaysia.[6]

Berikutan itu, pada 11 January 2010, 1MDB telah menandatangani perjanjian usahasama diantara State Grid Corporation of China (SGCC), dengan fokus untuk mengawal pelbagai projek tenaga di Koridor Tenaga Boleh Ubah Sarawak (SCORE) dan berperingkat menjadi pelabur terbesar dalam projek SCORE.Pada 18 January 18 2010, 1MDB telah menandatangi perjanjian usahasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company (dikenali juga sebagai Masdar) bagi menerokai projek pelaburan dan teknologi bersih termasuk membina bandar bebas karbon pertama di Malaysia.

Pada 13 Mei 2010, 1MDB telah menjadi sebahagian syarikat konsortium, yang diberi mandat melaksanakan projek pembangunan semula multi-bilion ringgit di Lapangan Terbang Sungai Besi. Kawasan tersebut berkeluasan 162 hektar dan pelannya untuk membinan Pusat Kewangan Islam yang memasukkan Qatar Investment Authority (QIA) sebagai rakan kongsi. Projek ini kemudiannya akan digelar Bandar Malaysia. Pada masa yang sama, 1MDB dan QIA telah menandatangi Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk mengakses janaan tenaga berdaya maju dan pelaburan estet. Dalam MOU itu QIA bercadang untuk melabur US$5bil.

Pada 21 Mei 2010, telah dilaporkan 1MDB akan turut serta dalam pembangunan kawasan Tun Razak Exchange, iaitu sekeping tanah berkeluasan 34.4 hektar di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur bersama dengan Mubadala Development Company. Walaubagaimanapun, majlis perasmian pecah tanah yang dicadangkan diadakan pada 29 Mei 2010 telah dibatalkan dan ditunda pada akhir akhir waktu.

Dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10), Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan projek KLIFD dan Bandar Malaysia adalah dua projek utama usahasama awam-swasta yang akan memacu agenda transformasi negara.1MDB diuruskan secara profesional dan sistematik berdasarkan sistem uji dan imbang yang meliputi barisan Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan senior.

Lembaga Penasihat 1MDB dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Pada awal Mac 2015, berikutan desakan kuat oleh orang awam dan barisan parti pembangkang di Malaysia, terdapat beberapa isu melibatkan ketelusan pengurusan kewangan syarikat yang dilihat goyah oleh masyarakat terhadap 1MDB. PM Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB telah mengarahkan Akauntan Negara untuk mengaudit status kedudukan kewangan 1MDB.

Check Also

Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)¬†atau Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *