Home » HIBURAN » Apa sudah Jadi?? Perkahwinan Siti Fazurina Sebelum ini tidak Sah

Apa sudah Jadi?? Perkahwinan Siti Fazurina Sebelum ini tidak Sah

Assalamualaikum WBT

Apa sudah Jadi?? Perkahwinan Siti Fazurina Sebelum ini tidak Sah. Aku sempat la jengah beberapa blog sahabat pagi tadi. Ada isu besar yang aku rasa patut kita tahu dan jadi kan iktibar kepada diri supaya ia nya tidak berlaku kepada kita. Bab kahwin memang kita tidak boleh bawa main-main terutama sekali bab wali sebab ia melibatkan sah nya sesuatu perkahwinan itu. Di berita kan perkahwinan yang dilangsungkan oleh Siti Fazurina sebelum ini tidak sah. Dah 3 bulan kan dia “kahwin”

Apa sudah Jadi?? Perkahwinan Siti Fazurina Sebelum ini tidak Sah
Apa sudah Jadi?? Perkahwinan Siti Fazurina Sebelum ini tidak Sah

Untuk cerita lanjut sila baca petikan berita di bawah :

Bukan boleh dibuat main, tapi itulah hakikat sebenar yang harus diterima apabila pelakon, Siti Fazurina akhirnya akur dan terpaksa nikah untuk kali kedua kerana pernikahannya bersama suami, Muhammad Hykal Zulkifli, 32, pada 20 Disember tahun lepas tidak sah mengikut hukum syarak. 


Pernikahan keduanya telah berlangsung pada 20 Mac lepas, selepas 3 bulan mereka menjadi pasangan ‘suami isteri’.


“Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.” – Zubaidah Abu Bakar, ibu Siti Fazurina.
Menurut ibu Fazurina, pelakon ini telah memberitahu bahawa dia adalah anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan maklumat tersebut adalah palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang. 


Dalam pada itu, walaupun sudah bernikah kali kedua berwalikan adik kandungnya sendiri, ibu Fazurina ketika ditemubual memberitahu bahawa dia masih belum terfikir untuk memaafkan kesilapan Fazurina. 
“Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu.”
Apa pun, semoga Fazurina dan suami hidup bahagia dan tak salah jika ibu memahami anak pula. Perkara yang lepas kan tak elok jika dikenang.

Check Also

Biodata Profil Sarah Suhairi Juara Big Stage

Biodata Profil Sarah Suhairi Juara Big Stage

Pasti ramai yang tidak mengenali siapa Sarah Suhairi jika tiada program realiti Big Stage bukan? …

5 comments

  1. semoga berkekalan selamanya 🙂

  2. yang lalu biarkan berlalu..doakan yang terbaik..

  3. masyaAllah, macam2 la dorang ni…. subhanaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *