Home » panehmiang (page 3)

panehmiang

eGumis Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Online

eGumis Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Online telah pun diperkenalkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia baru-baru ini. Ini adalah susulan tularnya kisah Wang Tidak Dituntut di media sosial yang mengundang pengguna menyerbu pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negara. Ada yang sanggup beratur panjang bagi mengetahui nilai atau jumlah Wang Tidak Dituntut mereka. Oleh hal yang demikian, ramai netizen yang mencadangkan supaya WTD ini boleh disemak melalui sistem dalam talian atau on-line.

eGumis Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Online
eGumis Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Sistem eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) dilancarkan oleh kerajaan bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak WTD mereka jika ada. Ini kerana mengkiut rekod yang dicatatkan oleh Kementerian Kewangan sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja. “Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut.

Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/

Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).

Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.
Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.

Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.

p/s : Sistem tersebut akan mula beroperasi pada suku kedua tahun ini

Lihat Anak Perempuan Bonceng Motor Lelaki

Lihat Anak Perempuan Bonceng Motor Lelaki itulah yang terjadi kepada sepasang suami isteri di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh, Gua Musang. Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang beberapa hari lepas. Pelajar tingkatan lima, Noor Habibah Maisarah Mohd Hafizul, 17, itu disedari hilang oleh keluarganya selepas meninggalkan rumah pada awal pagi, Jumaat.

Lihat Anak Perempuan Bonceng Motor Lelaki
Lihat Anak Perempuan Bonceng Motor Lelaki

Ibunya Noorhasliza Hussin, 37, berkata, suaminya Mohd Hafizul Ibrahim, 39, sempat melihat anaknya membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki kira-kira 1 pagi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar Gua Musang, Katanya, Mohd Hafizul yang cuba mengekori motosikal itu gagal mengesan mereka apabila hilang selepas memasuki simpang di kawasan perkampungan.

“Suami bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar dan dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terserempak dengan mereka yang menghala ke arah Gua Musang. “Habibah membonceng motosikal Honda EX5 berwarna merah, gagal dikesan apabila memasuki perkampungan. Suami cari di Kampung Sungai Asap dan Kampung Limau Kasturi tetapi tidak menemui mereka.

“Saya bimbang keselamatannya apatah lagi dia keluar tanpa pengetahuan saya,” katanya ketika dihubungi hari ini. Noorhasliza berkata, sebelum kehilangannya, Noor Habibah Maisarah juga kerap berhubung menerusi Whatsapp dengan rakan yang disyaki mempunyai hubungan istimewa. Katanya, dia bimbang pelajaran anaknya terganggu kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan baharu tiga hari ke kelas sejak sesi persekolahan dibuka, minggu lalu.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Jumaat lalu dan orang ramai yang melihat kelibat anaknya diminta menghubungi talian 011-40285379. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan menerima laporan kehilangan itu dan operasi mengesannya sedang dijalankan. -sumber-

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan 8 Jun

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan 8 Jun 2018 adalah berita yang paling dinanti-nanti kan oleh semua penyokong beliau.  Datuk Seri Zulkifli Omar, yang merupakan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, berkata pengiraan tempoh hukuman perlu dijalani Anwar dan tarikh pembebasannya dibuat Jabatan Penjara mengikut ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000. “Akta dan Peraturan tersebut memberikan 1/3 remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan 8 Jun
Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan 8 Jun

“Justeru Peraturan 28, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 juga menjelaskan bahawa jika pembebasan seseorang banduan jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, banduan hendaklah dibebaskan pada hari sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. Zulkifli berkata, berdasarkan pengiraan dengan remitan itu, tarikh pembebasan Anwar adalah pada 10 Jun 2018, tetapi berikutan tarikh itu jatuh pada Ahad dan 9 Jun adalah Sabtu, maka Anwar boleh dibebaskan pada 8 Jun 2018.

Katanya, sehingga kenyataan itu dikeluarkan, Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Sungai Buloh tidak menerima apa-apa waran atau perintah dari mana-mana pihak berkuasa mengarahkan hukuman terhadap Anwar dipinda. “Tarikh pembebasan Anwar pada 8 Jun juga tiada sebarang kaitan dengan pelaksanaan Sistem Parol atau apa-apa perintah dari Lembaga Pengampunan,” katanya. -sumber-

Kisah Lahirkan Anak Tapi Tidak Tahu Dia Mengandung

Kisah Lahirkan Anak Tapi Tidak Tahu Dia Mengandung inilah yang terjadi kepada seorang ibu iaitu Suzana Sulaiman yang berumur 38 tahun baru-baru ini. Kisah ini tular dan menjadi perbahasan komen oleh netizen di laman-laman sosial. Ramai yang agak pelik dengan kejadian ini. Ramai yang mempersoalkan bagaimana ibu ini tidak sedar langsung yang dia hamil. Tetapi apa yang boleh kita katakan jika ianya adalah kuasa Allah SWT. Jom ikuti kisah penuh tentang kejadian ini nanti anda akan dapat gambaran apakah punca sebenarnya.

Kisah Lahirkan Anak Tapi Tidak Tahu Dia Mengandung
Kisah Lahirkan Anak Tapi Tidak Tahu Dia Mengandung

Besarnya KUASA Allah SWT, Suzana Sulaiman yang lima tahun tidak dikurniakan zuriat akhirnya melahirkan bayi perempuan, namun ia sesuatu yang amat tidak disangka-hanya tahu mengandung selepas sakit perut dan berlaku pendarahan. Selama sembilan bulan, Suzana tidak tahu dia mengandung dan ia pastinya anugerah terindah buat Suzana dan suaminya, Nik Salleh Nik Ngah, 43.

Nik Salleh berkata, tanggal 19 Disember 2017 menjadi detik paling bermakna buat mereka. “Pada 5 pagi, Suzana mengadu sakit perut dan berlaku pendarahan sebelum saya membawanya ke Hospital Pekan, Pahang untuk membuat pemeriksaan. Saya ingatkan hanya sakit biasa sebelum saya dimaklumkan oleh doktor, Suzana sebenarnya sakit nak bersalin.

“Terkejut, gembira… semuanya ada. Bayangkanlah kami sekeluarga termasuk isteri tidak sedar pun yang dia membawa nyawa si kecil dalam kandungan selama sembilan bulan.Ketika di hospital, doktor lakukan pemeriksaan dan buat imbasan, ternyata isteri sebenarnya mengandung dan sudah sampai masa untuk melahirkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, sejak berkahwin pada Jun 2012, dia dan isteri sentiasa menunggu dengan sabar dan bertawakal kepada Allah SWT supaya dikurniakan anak sebagai penyeri rumahtangga. “Kami memang tidak pernah membuat apa-apa pemeriksaan kesihatan sebelum ini dan hanya menunggu dengan sabar. “Kami sekeluarga tidak sedar yang isteri mengandung kerana badannya agak berisi dan kitaran haid tidak menentu,” katanya.

Permata hati mereka dinamakan Nik Alisha Solehah, dilahirkan pada 9.32 pagi seberat 2.88 kilogram (kg) dan sihat, walaupun ibu tidak pernah membuat pemeriksaan kandungan sebelum ini. Suzana yang melahirkan anaknya secara normal sedang berpantang di rumah keluarga di Kampung Padang Manggis, Pekan, Pahang. “Kejutan ini juga adalah hadiah hari lahir buat isteri saya iaitu pada 31 Disember dan dia ada beritahu saya yang dia gembira kerana tiba-tiba sudah menjadi ibu.

“Dahulu kami berdua, sekarang sudah bertiga. Memang tiada sesiapa pun yang sedar isteri saya mengandung sehinggalah dia melahirkan Nik Alisha Solehah,” katanya yang bekerja dengan Majlis Daerah Pekan. Nik Salleh berkata, selepas isterinya selamat bersalin, doktor dan jururawat bertanya kepadanya mengenai pakaian bayi. “Memang tak ada apa-apa. Terkejut. Tiada persediaan langsung sebab memang tak tahu. Jadi adik ipar saya terpaksa bergegas ke pasaraya untuk membeli pakaian bayi.

“Alhamdulillah syukur dengan anugerah terindah ini. Saya berharap agar anak saya membesar dengan sihat,” katanya. Kisah unik pasangan ini mula dikongsikan Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan, Muhammad Azrie Amirudin, 28, di Instagram miliknya pada 19 Disember lalu.

Muhammad Azrie ketika dihubungi berkata, kisah unik ini dianggapnya sebagai satu keajaiban. “Pada waktu itu, pesakit (Suzana) datang kerana sakit perut dan ada pendarahan pada vagina. Perut besar sedikit tetapi tidak nampak seperti mengandung kerana badan agak berisi. “Apabila membuat ujian air kencing di dapati dia mengandung dan kami tanya mengenai haid terakhirnya, pesakit kata dia tidak pasti kerana sejak remaja, kitaran haidnya tidak menentu.

“Kes ini kecemasan dan kemudian dirujuk kepada Pakar Ginekologi serta pesakit kemudian melahirkan anak secara normal dalam masa 10 minit saja,” katanya. Muhammad Azrie berkata, Suzana melahirkan bayinya cukup sembilan bulan dan kedua-duanya kemudian dipindahkan ke wad untuk pemantauan dan dibenarkan pulang pada 24 Disember lalu.

SUMBER

Anak Jenis Apa? Libas Emak Guna Mesin Rumput

Anak Jenis Apa? Libas Emak Guna Mesin Rumput sehingga kan seorang ibu tua tersebut sedang dirawat di hospital dalam keadaan kritikal. Inilah realiti dan kejadian ini berlaku pada petang tanggal 4 Januari 2018 di Bukit Sagu, Kuantan Pahang. Di kala kita semua tahu bahawa Kuantan sedang dilanda banjir berita yang diterima ini amat menyayat hati.

Anak Jenis Apa? Libas Emak Guna Mesin Rumput
Anak Jenis Apa? Libas Emak Guna Mesin Rumput

Tergamak seorang anak memperlakukan kepada ibu nya sebegitu. Manakah perginya nilai kemanusiaan dalam diri anak tersebut. Suspek dikatakan tergamak melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas berang dengan tindakan ibunya yang membuat laporan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Suspek yang dibawah pengaruh dadah itu dipercayai lari ke semak berhampiran, kini diburu polis. Semoga pihak polis dapat memberkas dengan segera suspek supaya dia boleh diberikan hukuman yang sewajarnya. Mari kita sama-sama doakan mangsa yang kritikal tersebut supaya segera pulih dari kecederaan yang dialami. Berita dipetik dari perkongsian FB Komuniti Kuantan