Home » BERITA » Bakar Pusat Tahfiz 7 Ditahan Polis

Bakar Pusat Tahfiz 7 Ditahan Polis

Berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Hasil siasatan oleh pihak Polis tentang suspek yang dirakam oleh CCTV yang dikatakan menceroboh Pusat Tahfiz di Keramat Ujung. Sah dan telah pun dibuat sidang media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur bahawa Bakar Pusat Tahfiz 7 Ditahan Polis. Berikut adalah antara intipati kronologi penahanan suspek yang terlibat dan laporan dari pihak Berita Harian Online untuk rujukan.

20 Maut Pusat Tahfiz Terbakar Di Keramat
Bakar Pusat Tahfiz 7 Ditahan Polis

Tujuh remaja, termasuk lima suspek utama dipercayai ditahan polis bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin. Daripada tujuh yang ditahan, lima dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 16 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sumber berkata, penahanan dibuat hasil pemeriksaan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat yang menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan. “Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan,” katanya ketika ditemui BH, sebentar tadi.

Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif sebenar kejadian. BH difahamkan, pagi tadi beberapa pengakuan dibuat oleh suspek terbabit semasa mereka ditahan di lokap Balai Polis Jinjang. Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.

Berikut adalah teks yang dibacakan oleh Ketua Polis KL semasa sidang media khas tentang penangkapan 7 suspek yang terlibat. Teks dipetik dari laman info semasa

Pada 14 september jam 5. 41 pagi, bomba terima panggilan mengenai kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

5. 44 pagi bomba sampai di lokasi kejadian dan 6. 45 pagi api berjaya dipadamkan. Seramai 21 pelajar lelaki, enam hingga 17 tahun terkorban. Dua lagi warden, 25 dan 26 tahun terkorban. Tujuh orang cedera. Jenazah tidak dapat disahkan secara identiti.

Guna kaedah DIV iaitu pengecaman jenazah melalui tiga cara iaitu guna cap jari, rekod pergigian dan dna sebelum diserahkan kepada keluarga. Pada 15 September semua mayat selamat dikebumikan. Siasatan atas kesalahan khianat dengan api. Siasatan rapi dan bantuan pihak yang ada berhampiran dengan kejadian berikan pita video.

Hasilnya, tujuh orang berjaya ditahan, 11 hingga 18 tahun antara 6 petang hingga 2 pagi hari ini. Rampas pakaian dan topi keledar suspek. Enam daripada mereka positif dadah, satu daripadanya tidak positif. Tujuh daripada mereka sudah direman selama tujuh hari bermula hari ini. Dua daripada mereka ada rekod lampau iaitu mencuri dan rusuhan. Motif kejadian adalah berpunca dari ejekan antara kedua-dua pihak.

Tolong hentikan mesej yang viral kerana akan ganggu proses perbicaraan mahkamah. Sedang siasat punca ejek-mengejek. Tujuh orang itu tinggal berdekatan pusat tahfiz.

Mereka yang membawa tong gas. Polis sudah selesai kes dengan tangkapan semua suspek. Dapat CCTV daripada PPIM dan daripada itu, dapat imej suspek.

Satu bahan pembakar digunakan untuk mempercepatkan proses kebakaran. Tidak wajar untuk menceritakan proses pembakaran itu dilakukan. Mereka positif dadah jenis ganja.

Akan siasat sama ada pengurusan pusat tahfiz tahu mengenai perselisihan faham. Motif memang untuk bakar pusat tahfiz itu. Mereka hanya berniat untuk bakar bangunan itu.

Tiada dadah dijumpai bersama suspek. Pakaian dan motosikal akan dihantar ke makmal untuk analisa. Gas silinder itu dibawa dari tingkat bawah ke tingkat atas oleh suspek.

Dua tong gas digunakan secara keseluruhan dalam kejadian ini. Disiasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun yang sama.

Mungkin usia mereka dan kematangan itu, mereka tidak tahu niat untuk membakar itu akan membunuh orang. Mereka ambil ganja sebelum melakukan tindakan itu.

Akan siasat dari mana mereka dapat ganja dan petrol. Tidak dapat sahkan sama ada pintu bilik asrama berkunci ketika kejadian.

Akan siasat dari mana mereka dapat ganja dan petrol. Tidak dapat sahkan sama ada pintu bilik asrama berkunci ketika kejadian.

Semalam panggil pelajar tahfiz yang tidur di surau berdekatan dan beliau tidak terbabit dalam kejadian itu sebelum dibebaskan.

Semua tujuh orang itu bukan pelajar tahfiz. DBKL akan siasat pemilik pusat tahfiz atas kesalahan beroperasi tanpa kelulusan.

 

 

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *