Home » BERITA » Banjir Di Raub 2015

Banjir Di Raub 2015

Banjir Di Raub 2015
Banjir Di Raub 2015

Seperti semua tahu hujung-hujung tahun memang musim tengkujuh akan melanda negara kita Malaysia. Dan berkemungkinan tempat-tempat rendah, berhampiran parit atau sungai akan dilanda banjir. Terbaru selepas Kuala Selangor semalam diberitakan berlakunya Banjir Di Raub 2015. Jadi jom kita baca laporan dari Sinar Harian di bawah ini.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Raub malam ini meningkat kepada 122 orang berbanding 97 yang direkodkan petang tadi.Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Pahang Zainal Yusoff berkata, kesemua mangsa yang dipindahkan melibatkan penduduk dari enam kampung iaitu Kampung Padang Manggis, Masjid Gali, Gali Hilir, Kuala Temau, Ajai dan Kuala Gali.

“Sebanyak empat pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu Dewan Orang Ramai Gali Tengah yang menempatkan 56 mangsa, Masjid Kuala Temau (21), Dewan Serbaguna Kampung Pia (37) dan Kompleks Mini Sukan Kampung Kuala Gali (8).

“Sebuah lagi pusat pemindahan yang dibuka 7 pagi tadi di Balai Raya Kampung Tok Machang yang menempatkan seorang warga emas telah ditutup pada 5.30 petang selepas banjir di kediamannya kembali pulih,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Katanya setakat ini tiada pemindahan mangsa banjir melibatkan daerah lain direkodkan. – Bernama

Gambar dari Harian Metro

Check Also

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti dan menyebabkan UMNO Sabah kini menjadi lumpuh apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *