Bayi Dikerat 15 Di JB

Kejam dan tidak berperikemanusiaan itulah perkataan yang boleh dikatakan kepada individu yang sanggup mengerat seorang bayi kepada 15 bahagian sebelum dibuang di dalam tangki kumbahan. Berita Bayi Dikerat 15 Di JB ini menggemparkan negara kita semalam. Kejadian ini berlaku di Johor Bahru iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai. 15 cebisan anggota badan seorang bayi yang dikerat-kerat sebelum dibuang dan ditemui tersangkut pada perangkap sampah loji kumbahan.

Bayi Dikerat 15 Di JB ini boleh admin katakan antara kes pembuangan bayi yang paling kejam setakat ini. Bagaimana seorang bayi yang tidak tahu apa-apa telah diperlakukan sebegitu rupa. Di manakah nilai kemananusiaan dalam diri si pelaku. Sehingga sanggup mengerat-ngerat bayi tersebut kepada 15 bahagian.

Anggota badan bayi itu ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh empat pekerja kontraktor yang melakukan pembersihan pada perangkap sampah di loji yang mengumpul sisa kumbahan daripada 1,288 unit PPR tersebut.

Penemuan itu menggemparkan 6,000 penghuni di empat blok itu dan sehingga semalam mereka masih tertanya-tanya angkara siapakah kejadian menimpa bayi malang itu. Bayi Dikerat 15 di JB antara kes yang jarang-jarang berlaku. Yang selalu kita dengar bayi dibuang tetapi keadaan mereka cukup sifat dan sempurna.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, seorang pekerja terkejut apabila ternampak beberapa objek mencurigakan tersangkut pada besi perangkap sampah di loji kumbahan yang beroperasi sejak perte­ngahan tahun 2009.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *