Berita 7 Menteri Digugurkan Adalah Palsu

Berita 7 Menteri Digugurkan Adalah Palsu

Berita 7 Menteri Digugurkan Adalah Palsu

Paneh menerima info mengatakan akan ada perubahan dalam kabinet Malaysia bermula Mei 2015. Dikhabarkan bahawa 7 menteri akan digugurkan. Memetik beberapa berita yang tersebar melalui aplikasi whatapps dan juga tersebar di media sosial bahawa menteri yang terlibat dengan pengguguran tersebut adalah Hassan Malek, Idris Jala, Jamil Khir, Nazri Aziz, Anifah Aman, Jailani Johari, Tajuddin Rahman dan Shahidan Kassim. Tetapi Berita 7 Menteri Digugurkan Adalah Palsu semata-mata.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media menyatakan bahawa semua itu tidak benar dan adalah khabar angin sahaja. Memetik dari laporan akhbar Malay Mail pihak Pejabat Perdana Menteri melalui twitter telah menyatakan bahawa “Tidak ada perubahan dalam barisan kerajaan kepimpinan,”

Perdana Menteri sendiri dalam ucapannya di kaca televisyen menyatakan bahawa beliau dan timbalan mendapat sokongan penuh dari MT UMNO dan tidak ada sebab mengapa beliau harus tunduk dengan desakan untuk beliau meletak jawatan atau berundur.

Oleh itu, sudah jelas sekarang bahawa Berita 7 Menteri Digugurkan Adalah Palsu belaka. Jadi semoga berita ini dapat memberi penjelasan kepada semua. Bagi semua pembaca sila pastikan berita yang kita terima di media-media sosial adalah sahih sebelum kita kongsikan kepada yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *