Home » BERITA » Berita Gaji Penjawat Awam Dua Kali Sebulan Palsu

Berita Gaji Penjawat Awam Dua Kali Sebulan Palsu

Berita Gaji Penjawat Awam Dua Kali Sebulan Palsu. Semalam telah tular di sebuah portal yang menunjukkan satu gambar semasa taklimat tentang pembayaran gaji dua kali sebulan kepada penjawat awam. Ianya menjadi tanda tanya kepada netizen terutama kepada semua penjawat awam. Jadi memetik kepada pencerahan daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan portal sebenarnya.my Berita Gaji Penjawat Awam Dua Kali Sebulan adalah Palsu.

Berita Gaji Penjawat Awam Dua Kali Sebulan Palsu
Berita Gaji Penjawat Awam Dua Kali Sebulan Palsu

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan isu yang menular di media sosial berkenaan Pembayaran Gaji 2 Kali Sebulan Secara Rintis adalah PALSU. Taklimat tersebut adalah daripada pihak Kementerian Kewangan Brunei Darussalam.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khabar angin kononnya kerajaan bakal melaksanakan amalan pembayaran gaji dua kali sebulan kepada penjawat awam dalam tempoh terdekat adalah tidak benar sama sekali. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, perkara tersebut hanya merupakan khabar angin dan penjawat awam perlu mendapatkan sumber yang tepat untuk sebarang berita.

Check Also

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam. Tun Dr Mahathir Mohamed YAb Perdana Menteri …

2 comments

  1. Nasib dkt brunai…kalau dkt Malaysia maunya pening nak urus blnja harian..lbh2 lg hutang…

  2. Majoriti penjawat awam tak setuju kalau jadi pun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *