Home » Uncategorized » Berita Penting!!! AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Berita Penting!!! AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Kuala Lumpur, 26 Dis – Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur serta ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter.

Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga 31 Dis.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj berlaku di perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak dan perkhidmatan feri.

Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga awal petang ini. – BERNAMA

p/s : berkemungkinan gelombang kedua banjir jadi kawasan terlibat mohon sentiasa bersedia

Check Also

Live Streaming Vietnam vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2018 Final 2nd Leg

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup 2018. Berikut merupakan keputusan untuk perlawanan akhir pusingan …

3 comments

  1. Semoga kita sentiasa dilindungi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *