Home » Uncategorized » Berita Suspek Bunuh Terlepas IPD Ampang Palsu

Berita Suspek Bunuh Terlepas IPD Ampang Palsu

Berita Suspek Bunuh Terlepas IPD Ampang Palsu

Ampang: Polis menafikan penyebaran gambar seorang lelaki di media sosial didakwa terlepas dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Gambar lelaki terbabit kini tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp kononnya dia terbabit dalam jenayah bunuh, samun bersenjata dan rogol.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penyebaran gambar terbabit adalah palsu dan tidak benar.

Menurutnya, orang ramai diminta tidak mempercayainya dan dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak polis.

“Saya nasihatkan kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menyebarkan berita sebigini kerana mendatangkan kerisauan pada orang ramai,” katanya.-Metro-

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

One comment

  1. bahana laman sosial., jaga2 jgn telibat ngan penyebaran fitnah dan pnipuan.,

    AWAS ANDA SEDANG DIPERHATIKAN., hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *