Biodata Dato Dr Vida

Siapa tidak tahu dengan tagline “qu putih qu putih barulah putih” milik Dato Dr Vida. Jadi jom kita tengok sikitĀ Biodata Dato Dr Vida ini. Sedang hangat sekarang rancangan Gegar Vaganza 2 yang Dato Dr Vida merupakan penaja rancangan utama rancangan tersebut. Bukan itu sahaja Anugerah Juara Lagu ke 30 pun Dato Dr Vida yang taja.

Biodata Dato Dr Vida
Biodata Dato Dr Vida

Nama Penuh : Hasmiza Othman

Umur : 43 Tahun

Asal : Machang, Kelantan

Pengasas produk kesihatan Pamoga dan Qu Puteh

Kehidupan yang sederhana dan merupakan anak yatim kematian ayah ketika berusia 9 tahun. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan ( kesusateraan Melayu dan Sejarah). Pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah kebangsaan jenis cina di Ipoh Perak selama 12 tahun. Datuk Dr. Vida memulakan perniagaan kecil-kecilan ketika di sekolah menengah lagi. Kini berkat usaha dan kesabaran beliau produk Kecantikan dan Kesihatan iaitu Pamoga dan Qu Puteh kini terkenal di seluruh negara, brunei dan singapura.

Usahawan wanita ini telah menceburi bidang perniagaan ketika muda lagi. Kini dengan usia pertengahan beliau masih bersemangat mengusahakan perniagaan. Beliau pernah membuka perniagaan Salon. Di situ beliau mula membuat pelbagai produk kecantikan dan kesihatan bagi memenuhi keperluan pelanggan di Salon bagi rawatan wajah. Rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK). Dengan ini beliau lebih aktif dalam mempromosi produk keluarannya. Kini produk Vida Beauty laris di pasaran dalam negara dan luar negara.

 

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *