Biodata Profil Donald Trump

Anda kenal Presiden baru Amerika Syarikat yang baru dipilih oleh rakyat USA? Admin rasa ada yang kenal dan ada yang tidak kenal. Jadi untuk itu admin kongsikan kepada anda semua Biodata Profil Donald Trump Presiden Amerika Syarikat yang ke 45. Anda baca sendiri perkongsian ini yang admin petik dari Wikipedia.

Donald John Trump (lahir 14 Jun 1946) ialah seorang ahli perniagaan, penerbit televisyen, ahli politik dan Presiden Amerika Syarikat terkini. Beliau merupakan pengerusi dan presiden The Trump Organization sejak tahun 1971. Beliau dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke–45 semasa pilihan raya tahun 2016 sebagai calon Parti Republikan selepas mengalahkan calon Parti Demokrat, Hillary Clinton. Pada usia 70 tahun, Trump merupakan orang tertua untuk mengambil alih jawatan presiden.

Biodata Profil Donald Trump
Biodata Profil Donald Trump

Trump lahir dan dibesarkan di Bandar Raya New York. Beliau menyertai Akademi Ketenteraan New York (N.Y.M.A) ketika berumur 13 tahun sehingga berumur 18 tahun dan menerima Ijazah Sarjana Muda dalam ekonomi dari Sekolah Wharton, Universiti Pennsylvania pada tahun 1968. Pada tahun 1971, beliau telah diberi kawalan hartanah dan firma pembinaan bapanya. Beliau kemudiannya menamakan semula firma itu kepada The Trump Organization. Trump telah muncul dalam pertandingan ratu cantik Miss USA yang dimiliki olehnya dari tahun 1996 sehingga 2015. Beliau telah membuat penampilan kameo dalam pelbagai filem dan siri televisyen. Beliau mencari tiket untuk calon presiden dari Parti Pembaharuan pada tahun 2000 tetapi menarik diri sebelum undian bermula. Beliau mengacara dan menerbit The Apprentice, sebuah siri televisyen dalam saluran NBC dari tahun 2004 sehingga 2015. Setakat tahun 2016, beliau disenaraikan oleh Forbes sebagai orang ke-324 terkaya di dunia dan ke-156 di Amerika Syarikat dengan nilai kekayaan sebanyak $3.7 bilion pada bulan Oktober 2016.

Pada bulan Jun 2015, Trump mengumumkan pencalonannya untuk merebut jawatan presiden ke–45 sebagai ahli Parti Republikan bersama-sama 16 pesaing yang lain. Pada bulan Mei 2016, calon-calon Parti Republikan yang lain menghentikan kempen mereka dan pada bulan Julai, beliau secara rasmi dicalonkan sebagai calon akhir presiden semasa Konvensyen Kebangsaan Parti Republikan 2016. Kempen Trump menerima liputan media yang meluas dan perhatian antarabangsa serta protes dari orang ramai.

Susulan serangan di Paris pada bulan November 2015, Trump mencadangkan pengharaman sementara imigran beragama Islam ke Amerika Syarikat sebelum menukar kenyataan bahawa pengharaman itu hanya akan menumpukan kepada negara-negara yang terbukti mempunyai sejarah keganasan sehinggalah pemeriksaan untuk kemungkinan pengganas diperbetulkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *