Biodata Profil Elly Mazlein

Ini ada buah tangan kepada semua peminat Elly Mazlein. Seperti yang semua maklum bahawa Elly Mazlein telah pun tersingkir ada juga mengatakan menarik diri dari program Gegar Vaganza 3. Elly Mazlein tersingkir atau menarik diri tersebut berlaku pada konsert minggu duet di mana para peserta GV3 digabungkan dengan peserta-peserta dari GV1 dan GV2. Oleh itu jom kita ketahui Biodata Profil Elly Mazlein bagi mereka yang tidak tahu.

Biodata Profil Elly Mazlein
Biodata Profil Elly Mazlein

NAMA PENUH: Sharifah Aida Mazlina bt Syed Hanafi

TARIKH LAHIR: 17 Disember 1980

TEMPAT LAHIR: Slim River, Perak

ZODIAK: Sagittarius

HOBI: berenang & menghias rumah

PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia

FILEM: Tangkai Jering

ANTARA DRAMA: Gerak Khas, Sembilu, Spa-Q, Puasa Terakhir, Spa Q, Bella, Amanah Karmila, Pelita Buluh

MUZIK KEGEMARAN: Balada & irama Melayu Asli

RANCANGAN KEGEMARAN: MTV & Channel V

FESYEN PILIHAN: simple, elegant & up-to-date

WARNA KEGEMARAN: Biru, merah jambu, hitam & putih

MINUMAN KEGEMARAN: Milo

MAKANAN KEGEMARAN: Makanan laut

PENYANYI PUJAAN: Sharifah Aini & Jennifer Lopez

PELAKON PUJAAN: Datuk Jalaludin Hassan

ADIK BERADIK: 3 (bongsu)

Keterangan dari wikipedia

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia . Beliau dilahirkan di Slim River, Perak pada 17 Disember 1980 dan zodiaknya ialah Sagittarius. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah melahirkan 4 buah album solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih dan Bungaku Bakawali yang ketika itu merajai carta radio tanah air. Pun begitu, karier nyanyiannya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.

Elly yang mulanya dikenali sebagai penyanyi namun kini lebih dikenali sebagai pelakon setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas. Sejak itu, Elly lebih dikenali sebagai pelakon, dan menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *