Home » HIBURAN » Biodata Profil Fathia Latiff Pelakon Cantik Manis

Biodata Profil Fathia Latiff Pelakon Cantik Manis

Tiba-tiba sahaja nama pelakon cantik manis Fathia Latiff disebut-sebut dua tiga hari ini. Bukan kerana lakonan tetapi nama Fathia Latiff disebut-sebut kerana kontroversi di mana satu video bigo live milik salah seorang rakan artis beliau tular di media sosial. Dalam video tersebut terdapat wanita yang mirip dengan Fathia Latiff. Tetapi bukan itu isunya untuk admin kongsikan kepada semua pembaca tetapi admin ingin kongsikan kepada anda semua Biodata Profil Fathia Latiff Pelakon Cantik ManisĀ untuk semua terutama kepada peminat setia pelakon ini.

Biodata Profil Fathia Latiff
Biodata Profil Fathia Latiff

Nama Penuh : Nur Fathia binti Abdul Latiff
Nama Komersial : Fathia Latiff
Umur : 29 tahun (2017)
Asal : Ayer Itam, Pulau Pinang
Pendidikan : Ijazah bidang undang-undang di Universiti Teknologi Mara
Kerjaya : Pelakon dan Model
Drama : Nur Kasih, Diandra, Ariana Rose, Bencinta, Rumi & Jawi, Menanti Februari (2017)
Telefilem : Cinta Halal, Rentas Samudera, Oren dan Ceri, Pangkalan Batu 6

Macam mana denganĀ Biodata Profil Fathia Latiff tadi. Anda sudah kenal dengan pelakon pujaan anda sedikit kan. Berkaitan dengan kontroversi yang terpalit kepada Fathia Latiff baru-baru ini, admin ingin kongsikan kepada anda semua antara kenyataan yang dibuat oleh Fathia Latiff di akhbar tempatan. Kita lihat apa yang dikatakan oleh Fathia Latiff kepada akhbar Berita Harian Online.

Jangan Fitnah Saya- Fathia

Selepas diasak kritikan netizen gara-gara tersebarnya video aksi ‘panas’ disusuli kontroversi digugurkan daripada produksi drama La Luna, Fathia Latiff akhirnya bersuara.Sebentar tadi, aktres jelita itu membuat rakaman langsung di laman Instagram meluahkan emosinya ketika ini. Fathia memberitahu:”Apabila banyak fitnah timbul saya sedih. Saya hanya manusia biasa. Saya cuba nak tunjuk dan jadi baik. Tapi saya tak berjaya. Saya sendiri masih belajar.

“Maafkan saya. Jangan fitnah saya. Apa yang saya alami, hanya Allah yang tahu,” katanya sambil menitiskan air mata. Sejak beberapa hari lalu, tersebar rakaman video melalui aplikasi Bigo Live milik seorang pelakon baharu yang antara lain memaparkan dirinya bersama seorang wanita yang terdedah sebahagian daripada tubuhnya. Rakaman video itu mencetuskan kontroversi kerana wanita terbabit dikatakan mirip Fathia.

Fathia terus hangat apabila pembabitannya dalam drama La Luna terbitan TenView Sdn Bhd ditamatkan serta merta. Produksi mengambil keputusan itu atas alasan Fathia mempunyai masalah salah laku hingga menyukarkan penggambaran. Dalam soal bertudung dan menjadi insan yang lebih baik, pelakon drama Ariana Rose ini berharap tidak diberi tekanan.

“Jangan beri saya tekanan. Saya masih belajar mengenai Islam dan Tuhan. Jangan terus fitnah saya…Tak baik,” katanya. Usaha BH Online menghubungi Fathia sejak semalam gagal sehinggalah dia membuat siaran langsung melalui Instagram. Pelakon bertudung itu juga memuat naik gambar dengan keterangan I’m Only Human. Namun, ruangan komen ditutup.

Gambar milik BH Online

 

Check Also

Biodata Profil Zamani Slam

Biodata Profil Zamani Slam Gegar Vaganza 5

Biodata Profil Zamani Slam Gegar Vaganza 5. Kumpulan Slam adalah kumpulan yang menjadi fenomena kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *