Home » HIBURAN » Biodata Profil Hannah Delisha Model Huawei

Biodata Profil Hannah Delisha Model Huawei

Biodata Profil Hannah Delisha Model Huawei Nova 2i yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Artis Paling Popular Singapura di Anugerah Planet Muzik (APM) ke 16. Sebelum kita lihat wajah Hannah Delisha berselfie dengan smartphone Huawei Nova 2i di kaca televisyen, Hanna Delisha merupakan heroin drama Mencintaimu Mr Photographer. Beliau digandingakan dengan hero kacak Syafiq Kyle. Jom kita lihat serba sedikit Biodata Profil Hannah Delisha Model Huawei  ini.

Nama penuh : Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama komersil : Hannah Delisha
Tarikh Lahir : 27 Oktober 1996
Asal : Singapura
Warganegara : Singapura
Pekerjaan : Penyanyi, pelakon, pengacara, model, jurucakap produk
Tahun aktif : 2010 – kini

Biodata Profil Hannah Delisha Model Huawei
Biodata Profil Hannah Delisha Model Huawei

Hannah Delisah berdarah kacukan Inggeris dan Melayu yang mana bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya berbangsa Melayu Singapura maka tidak hairanlah beliau memiliki wajah Pan Asian. Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan single yang berjudul ‘Retak’ dan selepas Hannah menjadi penyanyi yang solo, menghasilkan pula single keduanya yang berjudul ‘Anugerah’. ‘Anugerah’ merupakan lagu ciptaan Akir dan Forezen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2017, beliau pula menghasilkan single ketiganya, ‘Tidak perlu kata apa-apa’.

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol, Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai ‘Kakcik Wujud’ kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD expedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud, Wujud. Beliau juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana Farhana lakonan tersebut merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.

Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah personaliti popular wanita di pesta perdana edisi ke-14 di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa meskipun beliau dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih. Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatnya antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.

Check Also

Biodata Profil Zamani Slam

Biodata Profil Zamani Slam Gegar Vaganza 5

Biodata Profil Zamani Slam Gegar Vaganza 5. Kumpulan Slam adalah kumpulan yang menjadi fenomena kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *