Home » HIBURAN » Biodata Profil Hawa Rizwana Redzuan

Biodata Profil Hawa Rizwana Redzuan

Biodata Profil Hawa Rizwana Redzuan pembaca berita TV9 yang dikatakan mempunyai wajah mirip Neelofa. Pernah satu ketika dulu Hawa Rizwana gambarnya telah viral di media-media sosial kerana dikatakan seiras dengan pelakon dan usahawan Neelofa. Jika kita lihat sekali imbas memang ada sedikit persamaan muka mereka ini.

Biodata Profil Hawa Rizwana Redzuan
Biodata Profil Hawa Rizwana Redzuan

Pastinya penonton yang selalu menonton berita TV9 pada waktu malam mengenali wajah Hawa Rizwana Redzuan ini. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau jom kita baca serba sedikit tentang Biodata Profil Hawa Rizwana Redzuan ini.

Nama : Hawa Rizwana Ahmad Redzuan
Tarikh Lahir : 7 September 1995
Tempat Lahir : Illinois, Amerika Syarikat
Kediaman : Kuala Lumpur, Malaysia
Pendidikan : Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan)
Pusat pendidikan : Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan : Penyampai berita
Tahun aktif : 2017-kini
Ibu bapa : Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman (bapa)

Hawa Rizwana merupakan anak kepada bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) sekitar 90-an, iaitu Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.

Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh itu dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat mula menjalani latihan sebagai penyampai berita ketika masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI). -WIKI-

Check Also

Betul Ke Zul Ariffin Dah Kahwin

Betul Ke Zul Ariffin Dah Kahwin

Betul Ke Zul Ariffin Dah Kahwin inilah yang menjadi persoalan kepada peminat-peminat pelakon berbadan sado …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *