Home » INFORMASI » Biodata Profil Jacinda Ardern PM New Zealand

Biodata Profil Jacinda Ardern PM New Zealand

Biodata Profil Jacinda Ardern PM New Zealand. Jacinda Kate Laurell Ardern (lahir 26 Julai 1980) merupakan ahli politik dari New Zealand serta Perdana Menteri bagi negara tersebut sejak pelantikannya pada 26 Oktober 2017. Beliau merupakan ketua Parti Buruh sejak 1 Ogos 2017. Beliau pertama kali dipilih menjadi ahli Parlimen pada pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac 2017 bagi kawasan Mount Albert.

Biodata Profil Jacinda Ardern PM New Zealand
Biodata Profil Jacinda Ardern PM New Zealand

Beliau menggambarkan dirinya berfahaman demokrat sosial dan seorang progresif. Sebagai penyokong gerakan buruh, beliau membangkang potongan cukai untuk golongan berpendapatan tinggi seperti yang disokong oleh Parti Nasional, dan menyokong sebuah negara kebajikan yang menyediakan jariangan keselamatan untuk “mereka yang tidak mampu menyokong diri mereka”.

Dalam isu budaya pula, Ardern menyokong perkahwinan sama jantina, setelah mengundi memihak kepada undang-undang kesetaraan perkahwinan pada tahun 2013, dan menyokong liberalisasi undang-undang pengguguran.

Selepas tamat belajar di Universiti Waikato pada tahun 2001, Ardern memulakan kerjayanya sebagai penyelidik di pejabat Perdana Menteri Helen Clark. Beliau kemudiannya bekerja di United Kingdom sebagai penasihat polisi kepada Perdana Menteri negara tersebut Tony Blair, dan, pada tahun 2008, beliau dipilih menjadi Presiden Kesatuan Antarabangsa Pemuda Sosialis.

Beliau menjadi ahli Parlimen bagi Mount Albert sejak 8 Mac 2017. Beliau telah dipilih secara sebulat suara sebagai Timbalan Ketua Parti Buruh pada 1 Mac 2017 berikutan peletakan jawatan Annette King.

Beliau menjadi ketua Parti Buruh pada 1 Ogos 2017 apabila Andrew Little meletak jawatan berikutan keputusan undian yang rendah dalam sejarah parti tersebut. Di bawah kepimpinan beliau, Parti Buruh mendahului saingan kerap mereka, Parti Nasional, untuk pertama kali dalam dua belas tahun. Dalam pilihan raya umum 2017 pada 23 September 2017, Parti Buruh memenangi 46 kerusi, meletakkannya di belakang Parti Kebangsaan di bawah Bill English yang memenangi 56 kerusi.

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri New Zealand selepas Parti New Zealand First pimpinan Winston Peters mengumumkan bahawa parti tersebut akan menubuhkan kerajaan gabungan dengan Parti Buruh bersama sokongan Parti Hijau.

Pada 19 Januari 2018, Ardern beliau mengumumkan bahawa beliau mengandung dengan anak petamanya dan beliau bakal bersalin pada bulan Jun tahun yang sama. Beliau dimasukkan ke Hospital Bandar Daya Auckland siiiringi pasangannya, Clarke Gayford, pada pukul 5:50 pagi waktu tempatan 21 Jun 2018; di mana beliau melahirkan seorang anak perempuan pada pukul 4:45 petang hari sama. Beliau menjadi ketua pemerintah dilantik kedua yang bersalin semasa jawatan beliau (selepas Benazir Bhutto di Pakistan pada tahun 1990). -WIKI-

Check Also

Resipi Rendang Maman Original Negeri Sembilan

Resipi Rendang Maman Original Negeri Sembilan

Resipi Rendang Maman Original Negeri Sembilan. Seperti yang semua tahu bahawa Rendang Maman amat popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *