Home » HIBURAN » Biodata Profil Jasmine Suraya Chin

Biodata Profil Jasmine Suraya Chin

Biodata Profil Jasmine Suraya Chin Hos Bola Yang Cantik. Jasmine Suraya Chin atau lebih dikenali sebagai Jasmine Suraya di kalangan rakan dan peminatnya, adalah seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Dilahirkan pada 10 November 1989 di Kuching, Sarawak, Jasmine merupakan anak tunggal dalam keluarga beliau. Beliau juga adalah lulusan Sarjana Muda Politik dan Ekonomi dari Monash University, Melbourne, Australia.

Biodata Profil Jasmine Suraya Chin
Biodata Profil Jasmine Suraya Chin

Kerjaya Lakonan
Kemunculan pertamanya di kaca TV adalah menerusi program realiti 8TV, “The Job” dan disusuli oleh “Projek 3R” di TV3 tidak lama selepas itu.

Beliau mula dikenali melalui watak Effa dalam slot drama Akasia TV3, “Maaf Jika Aku Tak Sempurna” yang dibintangi oleh Tasha Shila, Fahrin Ahmad dan Sara Ali.

Beliau kemudiannya turut membintangi beberapa siri drama dan juga telemovie seperti “Tesis Terakhir”, “Kerana Terpaksa Aku Relakan”, dan “Cinta Digerai”.

Kemunculan beliau melalui siri A & E terbitan BOS Pictures dan ditayangkan di MediaCorp, telah meletakkan nama beliau di persada antarabangsa serta berpeluang untuk bekerja dibawah pengarah terkenal Malaysia, Jason Chong.

Pada 2015, salah satu filem beliau, “Return to Nostalgia”, yang diadaptasi dari filem “Seruan Merdeka”, telah diberi penghormatan untuk melakukan tayangan di Filem Festival Busan, Korea Selatan.

Bukan itu sahaja, filem tersebut merupakan satu-satunya filem dari Malaysia yang berjaya dipilih untuk ditayangkan pada tahun tersebut. Dalam filem “Return to Nostalgia”, beliau telah digandingkan dengan pelakon Iedil Putra.

Kerjaya pengacaraan
Bakat pengacaraan Jasmine mula dikesan semasa beliau dipilih untuk mengacara program hiburan TV9, iaitu “Hip TV” bersama dengan pengacara terkenal Hunny Madu. Perjalanannya sebagai seorang pengacara tidak terhenti di “Hip TV” sahaja.

Selepas kejayaan beliau mengacarakan rancangan tersebut, Jasmine mula mengacara untuk dua rancangan Liga Malaysia iaitu “Liga Super Malaysia” dan “TM Piala Malaysia” yang masing-masing ditayangkan di TV3 dan TV9.

Kontroversi
Pelakon dan pengacra genit ini walaubagaimanapun tidak sunyi dari kontroversi. Disebabkan nama beliau yang mirip nama Islam, beliau telah dikritik hebat kerana cara pemakaian beliau yang terlalu seksi bagi seorang wanita Islam. Sungguhpun begitu, beliau tidak cepat melatah. Anak Sarawak ini bijak menangkis kontroversi yang melanda.

Menurutnya, Nama Suraya adalah nama yang diberikan oleh ibu beliau semasa dilahirkan dan bukan semata-mata untuk meraih minat dalam kalangan peminat Melayu.

Beliau juga pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Pekin Ibrahim namun kedua-dua pihak menafikan hubungan percintaan tersebut.

Check Also

Biodata Profil Amelia Henderson

Biodata Profil Amelia Henderson

Biodata Profil Amelia Henderson seorang pelakon cantik dan seksi. Amelia Thripura Henderson. Nama ini merupakan gabungan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *