Home » SUKAN » Biodata Profil N.Thanabalan

Biodata Profil N.Thanabalan

Sebelum kita lihat lebih jauh Biodata Profil N.Thanabalan admin nak bercerita sedikit ya. Nama N.Thanabalan tiba-tiba sahaja menjadi sebutan peminat bola sepak di Malaysia. Ini kerana N.Thabalan telah menjaringkan 4 gol dalam kempen bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur setakat ini. Rata-rata rakyat Malaysia tidak mengenali siapakah Thanabalan.

Tetapi admin yakin peminat atau penyokong bola sepak Negeri Sembilan tidak asing lagi dengan N.Thanabalan ini. Ini kerana dalam masa Thanabalan bermain di skuad piala presiden Negeri Sembilan beliau selalu diberi peluang untuk bermain dalam skuad utama Negeri Sembilan. Beliau juga sering menjaringkan gol walaupun beliau bermain di posisi wing kiri di Negeri Sembilan.

Biodata Profil N.Thanabalan
Biodata Profil N.Thanabalan

Sebentar lagi kita baca Biodata Profil N.Thanabalan ya. Nama Thanabalan tidak lah se gah nama besar lain dalam skuad sukan sea seperti Matt Davies dan yang lain-lain tetapi kedudukan beliau ketika dalam padang dan bijak mengambil peluang terhidang adalah salah satu senjata kepada pasukan yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee ini. Tandukan cantik Thanabalan ketika menentang Myanmar sudah pasti menjadi ingatan seluruh rakyat Malaysia. Sehingga ada yang menyatakan jaringan tersebut seperti ala-ala jaringan Van Persie.

Panjang pula admin membebel kan. Seperti dijanjikan ini dia Biodata Profil N.Thanabalan untuk anda semua. Pemain Negeri Sembilan ini sekarang bermain untuk Felcra FC secara pinjaman. Mungkin selepas ini Thanabalan akan disambar oleh kelab-kelab besar negara siapa tahu bukan?

Nama : N.Thanabalan

Umur : 22 Tahun

Asal : Negeri Sembilan

Posisi : Sayap, Penyerang

Kelab : Felcra FC (On Loan dari Negeri Sembilan)

In the right place at the right time, itulah ayat yang boleh menggambarkan corak permainan Thanabalan. Pemain ini sentiasa berada di posisi yang betul di dalam kotak penalti. Hinggakan ramai peminat bola sepak Malaysia menggelarkannya ‘Thana-Inzaghi’. Ada juga yang mengatakan Thanabalan adalah jelmaan Khalid Jamlus.

Itu kisah di dalam padang. Thanabalan mempunyai potensi besar dalam bola sepak Malaysia. Kisah di luar padang tidak kurang menariknya. Dalam satu temubual dengan The Star, Thanabalan telah berkongsi cerita bagaimana seawal usia muda, dia terpaksa menyara keluarganya selepas bapanya lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Dengan bakat yang ada, dia telah berjaya menyertai pasukan Liga Perdana Negeri Sembilan, tetapi kini dipinjamkan kepada pasukan Liga FAM, Felcra FC.

Kita mungkin merasa pelik, bagaimana pemain yang bagus seperti Thanabalan ini boleh dipinjamkan ke pasukan lain, sedangkan Negeri Sembilan sendiri mengalami prestasi tidak menentu di dalam liga. Kita biarkan menjadi tanda tanya. Baru-baru ini fb page Buffalo Souljah telah berkongsi cerita di luar padang antara Thanabalan dan salah seorang admin page tersebut.

Admin tersebut bertanya, adakah Thana tidak berminat menyertai pasukan lain jika mendapat tawaran. Jawapan yang diberikan Thanabalan sangat menyentuh hati dan perasaan. Katanya, jika dia menerima tawaran dari pasukan lain atau terpaksa berjauhan dari keluarganya, siapa yang akan menjaga ayahnya yang sedang lumpuh?

Kisah Sedih Di Sebalik Kehebatan Pemain Harimau Muda, N ThanabalanThanabalan Utamakan Keluarga
Oleh kerana itu, Thana telah mengikat kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) selama 5 tahun. Menurut Thana lagi, dia sanggup bersama dengan PBNS lebih lama, asalkan dia dapat dekat dengan keluarganya. Thanabalan kini bersama dengan Felcra FC. Padang latihan Felcara FC pula terletak di Kuala Lumpur. Thana terpaksa berulang alik KL-Seremban setiap hari bagi memastikan dirinya sentiasa bersama dengan keluarganya.

Check Also

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia. Nampak gayanya jodoh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *