Home » HIBURAN » Biodata Profil Raline Shah

Biodata Profil Raline Shah

Biodata Profil Raline Shah heroin filem Polis Evo 2 dari negara jiran serantau Indonesia. Pastinya penonton-penonton filem Polis Evo 2 tertanya-tanya siapakah heroin filem dari Indonesia tersebut. Berwwajah cantik seakan-akan Neelofa jika sekali pandang, pelakon tinggi lampai ini pastinya membuatkan penonton filem Polis Evo 2 tidak jemu menonton lakonan Raline Shah dalam filem Polis Evo 2 ini.

Biodata Profil Raline Shah
Biodata Profil Raline Shah

Anda ingin mengenali dengan lebih rapat siapa sebenarnya Raline Shah? Jom admin kongsikan kepada anda semua  Biodata Profil Raline Shah heroin filem Polis Evo 2 ini.

Biodata Profil Raline Shah
Nama Penuh : Raline Rahmat Shah
Nama Artis : Raline Shah
Tempat, Tarikh Lahir : Jakarta, 4 Mac 1985
Warga Negara : Indonesia
Pekerjaan : Aktres, Model
Ibu Bapa : Rahmat Shah (Ayah), Roseline Shah (Ibu)

Raline Shah merupakan seorang artis dan model yang mulai dikenali setelah terpilih sebagai finalis ajang kecantikan, Puteri Indonesia 2008. Debutnya di dunia hiburan dimulai dengan menjadi pembawa acara di acara Kitchen Beib di Global TV.

Setelah itu, banyak tawaran yang ia dapatkan untuk menjadi model dan bintang iklan. Beliau juga sering mendapat tawaran berlakon filem di Indonesia. Antara filem lakonan beliau adalah 5 cm, 99 Cahaya di Langit Eropa, Supernova, dan beberapa filem lain.

Wanita kelahiran 4 Mac 1985 ini merupakan lulusan dari National University of Singapore dengan bidang ilmu politik. Ia pun meraih felar B.A in Political Science and New Media & Communications (Hons).

Wanita berdarah Melayu, Pakistan, dan Tionghoa ini diberi nama Raline Rahmat Shah yang merupakan seorang anak perempuan dari pasangan Rahmat Shah dan Roseline Shah. Ia mempunyai dua orang adik.

Adik Raline Shah ini bernama Rollin Shah dan Rollan Shah. Namun, kedua saudara kandung Raline tersebut tak berkecimpung di dunia yang sama dengan kakaknya.

Ayahnya merupakan diplomat, pengusaha, mantan anggota MPR dari Sumatera Utara, dan Konsulat Kehormatan Turki di Medan, yang merupakan keturunan Pakistan dan Medan.

Sedangkan, darah Tionghoa diturunkan dari sang ibunda yang merupakan warga negara Singapura. Tak heran kalau profil Raline Shah yang merupakan seorang aktris sekaligus model ini terkenal akan paras cantiknya.

p/s : Dah tengok Polis Evo 2? Ke nak tunggu link Download Filem Polis Evo 2 hehe

Check Also

Biodata Profil Amelia Henderson

Biodata Profil Amelia Henderson

Biodata Profil Amelia Henderson seorang pelakon cantik dan seksi. Amelia Thripura Henderson. Nama ini merupakan gabungan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *