Biodata Puteri Balqis

Sudah pasti sebut sahaja Puteri Balqis semua peminat-peminat drama Malaysia tidak asing lagi dengan seorang kanak-kanak yang cukup berbakat besar. Lakonannya terutama watak sedih pasti membuatkan semua penonton sayu dan mengalirkan air mata. Tambahan pula drama yang dibintangi oleh Puteri Balqis tengah hangat ditayangkan di TV3. Jom kita kenali siapa sebenarnya Puteri Balqis melaluiĀ Biodata Puteri Balqis ini.

biodata puteri balqis
biodata puteri balqis

Nama penuh: Puteri Balqish Azizi
Nama komersial: Aqish
Umur: 8 tahun (2015)
Tarikh lahir: 12 April 2007
Kerjaya: Pelakon dan model komersial kanak-kanak
Adik beradik: Anak tunggal
Nama ibu dan bapa: Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz

Pencapaian Lakonan Aqish
Artis Harapan Pantene (Anugerah Skrin 2012)
Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin ke-18
Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014.

Telah banyak drama yang dilakonkan oleh Aqish antaranya Dee, Dia Suamiku, Gemilang, Pelarian, Bicara Hati, Takdir Qismah, Cinta Itu Milikku, Hanya Dengan Bismillah dan yang terkini ditayangkan di Slot Akasia Tv3 bermula 18/11/2015 adalah drama Akulah Balqis.

Puteri Balqis turut pernah membintangi telemovie Qish Qish Qish, Balqish, Zuriat Yang Tercalar, Anak Lorong, Mr. Labuci, Aku Bukan Mashitah,Poskad Dari SwitzerlandKepada yang perasan dan masih ingat, beliau juga pernah menjayakan beberapa iklan komersial di televisyen antaranya Nestle, Susu Everyday, Courts Mammoth dan Maxis MerdekaRaya

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *