Home » INFORMASI » Biodata Tengku Abdullah Sultan Pahang Ke 6

Biodata Tengku Abdullah Sultan Pahang Ke 6

Biodata Tengku Abdullah Sultan Pahang Ke 6. Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal di sini adalah anak keempat daripada tujuh beradik hasil perkahwinan Sultan Ahmad Shah dengan Almarhum Tengku Ampuan Afzan.

Biodata Tengku Abdullah Sultan Pahang Ke 6
Biodata Tengku Abdullah Sultan Pahang Ke 6 – Infografik Sinar Harian

Pada 1 Julai 1975, baginda dilantik Tengku Mahkota Pahang dan dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Ketika berusia 20 tahun, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 selepas ayahandanya, Sultan Ahmad Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-VII, pelantikan baginda itu adalah untuk tempoh lima tahun

Baginda dilantik semula sebagai Pemangku Raja Pahang selepas mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah yang diisytiharkan dalam surat rasmi Kerajaan Pahang bertarikh 28 Disember 2016.

Tengku Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St Thomas, Kuantan dan Sekolah Menengah St Thomas, Kuantan

Baginda melanjutkan pengajian di Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School (1975-1978), Davies College, London – Advance School (1978-1979), Royal Military Academy, Sandhurst, England (1979-1980) dan Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) (1981).

Baginda berkahwin dengan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Mac 1986 dan dikurniakan empat putera dan lima puteri. -SUMBER-

Check Also

Orang Lelaki Jadi Manja Ketika Sakit

Orang Lelaki Jadi Manja Ketika Sakit

Orang Lelaki Jadi Manja Ketika Sakit betulkan? Rasanya, ada ramai para isteri yang bersetuju dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *