Home » INFORMASI » Biodata Wan Azizah Wan Ismail

Biodata Wan Azizah Wan Ismail

Biodata Wan Azizah Wan Ismail
Biodata Wan Azizah Wan Ismail

Biodata Wan Azizah Wan Ismail

Jom kita tinjau serba sedikit Biodata Wan Azizah Wan Ismail iaitu calon untuk PRK Permatang Pauh yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Semua latar belakang Dr Wan Azizah Wan Ismail ini dipetik dari wikipedia bahasa melayu. Jadi anda semua sudi-sudikanlah untuk baca.

Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura, ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban.

Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di universiti, beliau dianugerah pingat emas ‘MacNoughton-Jones Gold Medal’.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Keluarga

Beliau (sewaktu berumur 23 tahun) berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sewaktu berumur 28 tahun) dan bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sejak 1973 lagi, perkenalan mereka menerusi sekeping gambar Anwar yang ketika itu telah menjadi Presiden ABIM. Pertemuan diatur oleh sahabat mereka pada 1979, ketika Revolusi Iran sedang memuncak. Pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dan berakhir di jinjang pelamin pada 28 Februari 1980.

Ayahnya, Dato Wan Ismail Wan Mahmood berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ayahnya menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis.

Wan Ismail berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah ayahnya. Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan dan ada sedikit sangkut-paut dengan keturunan Kelantan.

Beliau merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Adik lelakinya profesor di USM. Adik perempuannya pula bekerja sebagai jurugambar di Bernama. Seterusnya, adik perempuan bongsunya menjadi peguam di Kuala Lumpur.

Ketika bapa dan ibunya berhijrah ke London, Azizah diserahkan sementara kepada pakciknya Che Rus bin Tahir dan Wan Asma Wan Mahmood di Alor Setar. Bapa angkatnya bekerja sebagai Merinyu Kesihatan bagi Kedah/Perlis dan mendedahkannya kepada kesihatan awam.

Anak mereka, Nurul Izzah Anwar telah berkahwin dengan Raja Shahrir semasa Anwar masih meringkuk di Penjara Sungai Buluh. Ketika itu, Anwar memakai nombor baju bernombor 28/98. Selepas merayu, Anwar dbenarkan keluar daripada penjara untuk menjadi wali anaknya. Perkara yang sama berlaku apabila Ihsan berkahwin dengan Syaheedah. Anwar telah dibebaskan pada 2 September 2004 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Selepas suaminya Anwar dipecat dan ditahan pada 20 September 1998. Dr. Azizah membantu menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999 (kini Parti Keadilan Rakyat) dan menjadi presidennya.

Beliau telah menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi parlimen Permatang Pauh dalam tahun 1999, yang mana beliau telah menang menewaskan Dato’ Seri Ibrahim Saad dengan satu majoriti 9077 undi. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya seterusnya dalam tahun 2004 dengan majoriti kecil selepas beberapa kali kiraan semula. Beliau menewaskan Ustaz Firdaus.

Dan pada 8 Mac 2008, sekali lagi menentang Ustaz Firdaus sekali lagi beliau mempertahankan kerusi Permatang Pauh mewakili Parti KeADILan Rakyat, selaku parti komponen Pakatan Rakyat, yang juga disertai oleh PAS dan DAP. Beliau juga adalah mantan Ketua Pembangkang Malaysia.

Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.

Pada 9 Mac 2014, PKR telah mengumumkan beliau sebagai calon baharu untuk pilihan raya kecil Kajang. Perkara ini adalah berikutan daripada keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas suaminya, Anwar Ibrahim. Suaminya disabitkan atas kesalahan meliwat, sekali gus telah menyebabkan hilangnya kelayakan sebagai calon DUN kawasan tersebut.

Selepas memenanginya, beliau dicalonkan partinya sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Rujukan

Check Also

Cara Semak BR1M 2018 Online

Cara Semak BR1M 2018 Online

Cara Semak BR1M 2018 Online. Untuk semua pemohon-pemohon BR1M 2018 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *