Home » PERNIAGAAN » Bonus Penjawat Awam Negeri Sembilan RM2,000

Bonus Penjawat Awam Negeri Sembilan RM2,000

Bonus Penjawat Awam Negeri Sembilan RM2,000 atau bayaran  khas RM2,000.00 itulah yang diumumkan oleh YB Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban sebentar tadi. Bayaran khas kepada penjawat awam Negeri Sembilan ini adalah bagi menghargai jasa dan khidmat mereka selama ini. Bayaran khas RM2,000 kepada hampir 4,000 kakitangan ini akan dibuat melalui tiga kali pembayaran, bermula Disember ini.

Bonus Penjawat Awam Negeri Sembilan RM2,000
Bonus Penjawat Awam Negeri Sembilan RM2,000

“Pembayaran pertama sebanyak RM500 akan dibuat pada Disember ini, RM500 lagi pada Januari depan manakala baki RM1,000 akan dibayar bersama gaji menjelang Aidilfitri tahun hadapan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini, hari ini.

Beliau berkata, bayaran khas untuk tahun hadapan, sama seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada penjawat awam di seluruh negara dalam Bajet 2018, baru-baru ini. Bagaimanapun, kakitangan kerajaan di Negeri Sembilan menerima tambahan imbuhan sebanyak RM500 melalui peruntukan di dalam Bajet 2017.

Mohamad berkata, bayaran itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM11 juta. Nampak gaya bertuah lah semua penjawat awam di bawah kerajaan Negeri Sembilan. Penjawat awam di bawah kerajaan Persekutuan pun hanya mendapat bayaran khas RM1,500.00 seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Tahniah kepada semua penjawat awam Negeri Sembilan kerana akan menerima Bonus Penjawat Awam Negeri Sembilan RM2,000.

Check Also

Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) atau Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *