Home » SUKAN » RM30K Jika Malaysia Menang Lawan Hong Kong

RM30K Jika Malaysia Menang Lawan Hong Kong

Bonus RM30K Jika Malaysia Menang Lawan Hong Kong adalah topik yang hangat diperkatakan tidak kira di mana sejak semalam lagi. Ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh Presiden FAM semalam. Pengumuman tersebut telah mengundang pelbagai reaksi terutama kepada peminat bole sepak tempatan. Admin kongsikan kepada anda laporan daripada Awani.

Skuad Harimau Malaya menerima suntikan semangat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, pada Selasa, apabila dijanjikan imbuhan RM30,000 seandainya berjaya menewaskan pasukan tuan rumah itu.

RM30K Jika Malaysia Menang Lawan Hong Kong
RM30K Jika Malaysia Menang Lawan Hong Kong

Berita baik itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sidang video bersama pemain dan ketua jurulatih, Nelo Vingada, dari Johor Bahru yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi FAM pada Isnin.

Tunku Ismail berkata kemenangan ke atas Hong Kong itu amat ditagih bagi menutup mulut segala kritikan yang dilemparkan terhadap skuad kebangsaan kendalian Vingada itu. “Mata manusia tidak pernah menipu, kalau seluruh rakyat negara ini termasuk saya nampak anda semua memberi 110 peratus, kalah atau menang pun kita puas hati. “Kalau menang perlawanan ini, saya bagi bonus RM30,000. Seluruh rakyat Malaysia di belakang anda dan mendoakan kejayaan anda,” katanya.

Kunjungan skuad kebangsaan ke Hong Kong hanya mempunyai satu misi untuk meraih tiga mata penting bagi mencerahkan peluang melayakan diri ke Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Anak didik Vingada sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept lalu, dan tewas 1-2 di tangan Lubnan pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan pada 13 Jun.

Setakat ini, Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata daripada dua perlawanan dan Lubnan mendahului kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan manakala Korea Utara dan Hong Kong berkongsi dua mata. Dalam pada itu, Tunku Ismail menegaskan kepada semua pemain untuk tidak menghiraukan kritikan daripada pihak yang tiada kaitan dalam arena bola sepak.

“Pertama sekali, ambil benda ini sebagai satu peluang untuk kita jawab balik setiap kritikan. Apa paling mustahak adalah anda semua berikan yang terbaik, saya tidak kisah apa orang lain nak cakap, saya sentiasa berada di belakang anda,” katanya.- BERNAMA

Check Also

Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT

Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT?

Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT? Itulah persoalan yang bermain di fikiran semua penyokong pasukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *