Home » Uncategorized » Cara Memohon & Kemaskini Maklumat BR1M 2015 Secara Online

Cara Memohon & Kemaskini Maklumat BR1M 2015 Secara Online

Cara Memohon & Kemaskini Maklumat BR1M 2015 Secara Online

Kemaskini BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Contoh Surat Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0. Cara Memohon & Kemaskini Maklumat BR1M 2015 Secara Online admin sertakan di sini.

Berikut perkara yang diambil maklum untuk dikemaskini :

a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini
g. Maklumat pasangan & tanggungan


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perkara di atas adalah sangat penting bagi mengelakan pemohon yang berjaya akan tercicir dari mendapat BR1M anda. Pastikan alamat terkini dan maklumat bank terutamanya nama dan nombor akaun diisi dengan betul.

Bagi yang ingin menggunakan borang sebagai medium kemaskini dan permohonan anda boleh Download Borang BR1M 2015 di SINI atau pergi ke mana-mana cawangan LHDN.

Berikut adalah cara pengemaskinian untuk BR1M 4.0 2015. Rasanya mudah sahaja kecuali ada masalah teknikal lain yang berlaku. Jika anda tidak ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 1-800-88-2716 atau 03-88824565 dan 03-88824566.

Berikut disertakan cara-cara bagi mengemaskini data bagi mereka yang pernah menerima BRIM 3.0 sebelum ini.

1. Mula-mula sila masuk ke SINI pilih sama ada permohonan baru atau kemaskinian data lama yang berubah

2. Masukkan no kad pengenalan anda dan tarikh lahir dan klik kemaskini permohonan BRIM 4.0 pada butang yang terdapat di sebelah bawah kanan.

3. Pilih untuk mengemaskini data seperti :-
a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini
g. Maklumat pasangan & tanggungan 
h. Maklumat waris ( untuk khairat kematian)

4. Setelah mengisi semua yang dirasakan perlu contoh alamat baru atau maklumat bank dan masukan kod pengesahan akan keluar satu “dialog box” untuk pengesahan.

5. Tandakan pada kotak saya setuju dengan terma dan syarat di atas dan klik pada kotak setuju dan hantar

6. Satu dialog box akan keluar dan beri tahu yang permohonan telah berjaya di kemaskini

7. Sedia untuk cetak

8. Selesai

p/s : sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian kerana cara kemaskini ini admin rujuk permohonan BRIM 2014 yang lepas. Diingatkan juga permohonan dan kemaskini BR1M hanya boleh dibuat bermula 1 Disember 2014

Surat Kementerian Kewangan

Check Also

Live Streaming Vietnam vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2018 Final 2nd Leg

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup 2018. Berikut merupakan keputusan untuk perlawanan akhir pusingan …

One comment

  1. sorry i wanna ask after all completed the information need to print out and pass up ?or click kemas kini and thats all? please reply thanks so muchh!! EMergency!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *